Isu  Nasional Akan Humban PH , PPBM di Johor

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Dalam serangan bertubi tubi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) terhadap musuh nya UMNO, mereka tiada langsung cuba memberi harapan kepada rakyat Johor apa mereka akan laksanakan jika memerintah Johor.

Sebalik nya mereka tumpu kepada strategi buruk kan musuh untuk kelihatan lebih cantik.

PRN Johor kali ini terlihat betapa parti Bersatu yang menguasai PAS dengan jawatan Menteri melalui Perdana Menteri UMNO, begitu tertekan  dan dalam keadaan panik.

Ada penganalisa berkata , PPBM telah hilang separuh nyawa sebaik sahaja jawatan Perdana Menteri hilang dari tangan mereka.

Namun , masih ada sisa sisa kuasa atas sebab Perdana Menteri UMNO yang mereka lantik terikat dengan beberapa syarat dan janji yang telah di buat secara sulit.

Ketika Wan Saiful peringatkan Perdana Menteri bahawa dia dilantik oleh PN dan Bersatu dengan bersyarat , Datuk Ahmad Maslan ada mencabar Wan Saiful mendedahkan apa syaratnya, namun Wan Saiful terus berdiam diri.

Ahmad Maslan terus menempelak, itu syarat antara PPBM dengan Datuk Sri Ismail Sabri dan bukan dengan UMNO.

Kali ini, pada PRN Johor, Nampak nya Isu Nasional akan jadi “centre stage” untuk kedua dua pihak atau pun pihak bertelagah.

Pada perhatian kami, pihak PPBM dan pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin hanya mampu menyerang , tapi tidak mampu membalas serangan.

Pada serangan soal siapa pengkhanat , terlihat Datuk Seri Najib Razak lebih padu dan padat fakta nya.

Tan Sri Muhyiddin sekadar mampu melontar tapi tidak mampu menepis lontaran.

Harus di ingat DSNR juga terdidik untuk tidak serang “below the belt’ seperti pihak lain yang menyerang TSMY.

Ambil contoh tulisan anak bekas Timbalan Perdana Menteri Tamrin Ghafar dimana dia menyentuh berkenaan ‘zina’ TSMY dengan Nika Gee dan mencabar “TSMY” menjawap (merujuk dakwaan Stanly dalam SD nya).

DSNR terlihat sebagai seorang Budiman atau Gentleman tidak bermain isu ini.

Jika DSNR tidak di didik berhemah, tentu sudah bermain isu ini dan menekan TSMY untuk melafaz sumpah di fitnah.

Itu lah bezanya seorang yang ada pekerti yang baik dan yang tiada ada budi pekerti.

Walaupun kartel belakang tabir yang dikuasai oleh Tun Mahathir dan TSMY mahu memenjarakan Najib ‘by hook or by crook”  DSNR masih mengucapkan selamat pulih kepada TSMY Ketika terkena Covid.

Pada PRN Johor, isu Nasional sudah memadai boleh menumbangkan PH dan PPBM sekaligus.

Dosa dosa kerajaan PH di mana TSMY ada lah sebahagian pemimpin nya , menampak kan kerajaan 22 bulan menjual banyak aset dan harta negara.

Penpiuan di ‘top up’ dengan hutang negara tidak berkurangan walau pun setelah menggadaikan banyak aset.

Selain itu, pada pemerintahan singkat TSMY dalam kerajaan gagal,TSMY telah berbelanja terbanyak dari seluruh Perdana Menteri UMNO selama 60 tahun.

Sejumlah RM600 bilion di belanja dalam 17 bulan sambil separuh bilangan rakyat berada didalam rumah kerana PKP.

TSMY berbangga dalam 17 bulan dia telah melepaskan i-citra , tapi itu bukan duit kerajaan , ia duit rakyat sendiri.

Kemana kah pergi nya RM600 bilion yang di belanjakan Ketika Ahli Parlimen tidak boleh menyoal di dalam dewan?

Kemudian , ada juga cerita berkenaan hal projek 5G  yang menelan belanja  RM26 bilion di mana kisah monopoli dan pintu belakang serta kait mait kroni.

Banyak juga boleh di jadikan kes untuk habuan kempen PRN Johor.

Selain itu, kisah skandal kroni Mahathir yakni Zeti Akhtar dan Nor Yakob yang kerajaan TSMY cuba melambatkan kes dibuka atas sebab tidak mahu kes ini boleh membebaskan DSNR.

Terlalu banyak isu nasional yang babit kegagalan TSMY boleh menjatuhkan PPBM dan PN jika pihak Barisan Nasional bijak menyerang.

Pada 22 bulan dan 17 bulan kepimpinan yang ada TSMY tiada kisah sukses yang boleh di banggakan.

Rekod jumlah ramai rakyat mati Covid dan bunuh diri ada pada pemerintahan TSMY.

UMNO perintah 60 tahun, namun kisah kibar bendera putih yang ada hanya apabila kominis mahu serah diri dan bukan apabila rakyat perut lapar.

RM600 billion di belanja pun masih ramai rakyat bunuh diri dan kibar bendera putih di era pemerintahan TSMY yang tiada keberkatan.

Apa yang jelas, bersungguh sungguh cipta kes untuk pemimpin UMNO yang rakyat tiada keuntungan material.

Sebenar nya, PH dan PPBM dapat di tumbangkan mudah di Johor jika BN bermain isu kegagalan Muhyiddin di peringkat tadbir urus nasional.

Muhyiddin gagal urus negara walaupun memaksa Datuk Ismail Sabri melantik nya mengepalai majlis Pemulihan Negara.

Apa yang sudah di pulihkan kita pun tidak tahu.

Memang benar kata beberapa pemerhati politik, isu isu peringkat nasional mampu humban PH dan PN termasuk TSMY sendiri.

Leave a Reply