Parti MUDA , Alat Kepada Parti Parti Tua PH

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

PRN Johor yang sedang berlangsung sepatut nya menjadi “litmus test” kepada Malaysian United Democratic Alliance (MUDA) untuk menguji sejauh mana penerimaan rakyat dan orang muda terhadapnya.

Dengan pola pengundian baru dimana dijangka hampir ratusan ribu pengundi baru layak mengundi, septutnya MUDA pimpinan Syed Saddiq menguji kekuatan nya secara solo terlebih dahulu, menang kalah tidak mengapa kerana yang disasar adalah PRU15.

Namun, MUDA tidak cukup keyakinan untuk tujuan itu, sebalik nya berpaut kepada parti parti tua yang sedia ada.

“Debut” MUDA di PRN Johor kini dicemari dengan pautan kepada parti parti sampah Pakatan Harapan seperti PKR dan DAP.

Bermakna , menang kalah parti MUDA boleh dikaitkan atas alasan MUDA telah berkongsi pentas dengan parti parti tua yang tercemar nama menumpang sama memberi laluan dan membantu kempen.

Ini sepatutnya dielak kan dengan MUDA bertanding solo, kalah atau menang pun, ia boleh di bawa ke makmal kajian untuk “next assault” parti MUDA.

Kini dengan perundingan bersama sama dengan PKR , DAP dan Amanah di Johor, boleh lah di kira MUDA parti biasa sahaja , hanya gempak dengan nama “MUDA” tapi alat kepada parti parti tua.

Dari segi teknikal MUDA ada lah parti baru, tapi dari segi DNA, pemimpin MUDA, Syed Saddiq ada lah sisa sisa Pakatan Harapan yang telah menipu pengundi mereka dan rakyat Malaysia.

Kali ini dengan cubaan komponen komponen PH melarikan diri dari logo pembawa suey HARAPAN , nampaknya MUDA masih terkait dengan DAP , PKR dan PAN, wal hasil balik asal (itu pasal tak hasil).

Apa pun sejauh mana jajaran baru PH bersama MUDA untuk memancing pengundi baru dengan “rebranding” umpama AirAsia, nama baru untuk dapat loan baru , tetapi watak watak lama pembawa bankrapsi didalam  nya, sama sama lah kita saksikan.

Leave a Reply