Seperti Prinsip Domino , Satu Persatu Negeri Akan Tumbang ketangan BN Jika tidak buat PRU segera.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Kebijaksanaan kepimpinan UMNO bermain catur sudah mula terhasil.

Jika kerajaan pimpinan Muhiyddn Yassin melalui Datuk Sri Ismail Sabri enggan bubar Parlimen, Nampak gayanya Barisan Nasional akan buat gerakan merampas kuasa negeri dengan cara melaksanakan PRN satu persatu.

Strategi ini Nampak nya sangat berkesan dan terlihat membuah  kan hasil.

Pasti sekali dalam hal ini , yang tersepit adalah kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan Parti PAS.

Ketika pemimpin PPBM cuba sedaya upaya memenjarakan pemimpin UMNO dengan kes kes mahkmah terpilih yang mereka cipta Ketika menjadi kerajaan bersama DAP dan Tun Mahathir , pemimpin UMNO pula menarik kuasa dari parti lawan sikit demi sedikit dari cengkaman sebagai parti minoriti yang menguasai kepimpinan kerjaan Malaysia.

Situasi terkini politik menampak kan , cengkaman kuasa semakin terlepas dari tangan Muhyiddin Yassin dan kolobrasi bersama Mahathir.

Pautan kuasa di peringkat Nasional hanyalah kerusi empuk Majlis Pemulihan Negara yang di cipta untuk diri sendiri yang “overlapped” banyak kerja kementerian serta mempamirkan bahawa kementerian kementerian tidak berfungsi .

Kini kata kata boleh tekan butang bila bila masa hanyalah sebuah retorik dan dongeng kosong.

Akhirnya butang tidak perlu tunggu di tekan dan PRN akan diadakan juga.

Seterusnya , ugutan mahu Tarik sokongan terhadap Perdana Menteri UMNO tidak juga “materialize” dengan alasan alasan tertentu yang diberi.

Maka, terpaksa lah UMNO laksanakan “game plan” yang baru.

Dari sumber yang kami perolehi, Barisan Nasional dan UMNO akan buat secara diplomatik, beradab  dan ikut lunas perlembagaan mengambil satu persatu dulu kuasa pemerintah negeri sambil menunggu PRU15.

Ia strategi yang sangat baik, dan apabila umum PRU15 UMNO boleh tumpu dan fokus lebih kepada pusat dan Parlimen.

Kini, Johor sedang dalam proses menukar pemerintah negeri.

Dari recce awal dan laporan awal, BN dan UMNO dalam kedudukan  ‘advantage”mengambil alih pemerintahan negeri Johor.

Menurut dari laporan sumber yang kami perolehi, selepas Johor , satu lagi negeri dalam proses untuk diambil alih oleh BN.

Kerja kerja “ground” sedang dilakukan di negeri itu untuk menjayakan rencana UMNO ini.

Rumusan nya, jika pihak yang menguasai kerajaan Keluarga Malaysia tidak menekan butang di Putrajaya, maka butang butang di negeri akan di telan satu persatu.

Semacam prinsip Domino, tumbang satu tumbang semua.

Pilihan di tangan mereka di Putrajaya, bak kata pepatah Melayu, “pisau sudah di tangan timun pun sudah di tangan”

Leave a Reply