Kenapa Bersatu dan Muhyiddin begitu takut PRU15?

Hebahkan !!!

 Oleh Sirajuddin Ahmad

UMNO digelar Kleptokrat, UMNO juga di gelar parti sudah mati tinggal nama , namun cara UMNO dilayan tidak langsung mengambarkan slogan slogan dan retorik palsu ciptaan musuh UMNO.

 Cara UMNO diperlaku kan , seolah olah UMNO akan memerintah negara pada PRU15 dan harus dihalang mati matian oleh semua pihak.

Paling ketara dalam ketakutan kebangkitan UMNO ada lah Tun Mahathir dan Muhyiddin Yassin.

Tun Mahathir paling banyak bagasi dan hanya tidak pernah di dakwa sahaja.

Anatara yang boleh menjerat Mahathir adalah kes salah guna kuasa bersama Sri Ram, Pulau batu Puteh, pemberian tender kepada syarikat anak dan banyak lagi.

Ini di ikuti oleh Muhyiddin Yassin dengan perbelanjaan perbelanjaan Ketika darurat dengan jumlah yang paling banyak dalam tempuh paling singkat 17 bulan telah belanja RM600 billion.

Dalam satu laporan terkini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Dr Puad Zarkashi telah  menempelak Presiden PPBM Tan Sri Muhyidin Yassin berkenaan ketakutan PPBM menarik sokongan terhadap Datuk Ismail Sabri .

Dr Puad menempelak dan bertanya apa sebab PPBM ketakutan menarik sokongan terhadap Ismail Sabri?

Pertanyaan Dr Puad setelah Muhyiddin dan Wan Saiful memberi amaran menarik sokongan serta memberitahu DSIS dilantik dari ihsan PPBM.

Kini banyak sudah terjawap , kenapa PPBM hanya cakap tapi tidak serupa bikin.

Di percayai PPBM dan PAS mahu membida masa untuk mencari jalan melepaskan tengkok yang terjerut akibat salah bertindak.

Sudah pun ada desas desus cerita berkenaan PPBM mencari jalan mencium pihak PH dan Mahathir.

Sama ada usaha ini akan berjaya atau tidak belum pasti lagi.

Mahathir juga masih menghala Meriam nya terhadap Najib dan bukan Muhyiddin Yassin yang ‘konon konon” curi kerusi PM dari nya.

Keluar sahaja dari ‘bunker” sakit selepas dua kes mahkamah musuhnya di putuskan untuk tidak Nampak dia ada peranan pada keputusan hakim, terus sahaja menyerang Datuk Seri Najib Razak dengan isu 1MDB yang direkanya sejak PRU14.

Tentu ada sesuatu yang hendak di sorok didalam pentadbiran apabila sangat takut kepada PRU15.

Pihak yang menuduh orang lain perompak pula yang takut, sedangkan pihak yang di gelar perompak begitu terbuka untuk menyerah kuasa Kembali kepada rakyat.

Apabila Muhyiddin menarik diri dari bertanding di DUN Gambir sahaja , para pemerhati politik sudah andaikan dia mengibar bendera putih di kubu sendiri.

Ini tanda parah nya sokongan untuk PPBM dan pemimpin nya.

Dari kalah di DUN Gambir memalukan, maka di beri alasan mahu tumpu menang untuk seluruh Johor pula.

Mahathir pula meniup trumpet lapuk konon PEJUANG mahu menyibuk di PRN Johor atas sebab mahu menghalang ‘penyamun’ dari menang.

Apa pun , sangat ketara ketakutan PPBM dan pemimpin mereka untuk menarik sokongan dari Perdana Menteri sambil takut juga untuk diadakan PRU15 seolah olah ada sesuatu yang rakyat tidak tahu dalam pentadbiran PPBM 17 bulan dan di’decoy” dengan Ismail Sabri sebagai pengganti selepas 17 bulan.

Leave a Reply