Ismail Sabri Tak Perlu Malu-Malu Kempen untuk BN di Johor

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Perkembangan terkini politik tanahair menyaksikan Parti Pribumi Bersatu Malaysia berada didalam kedudukan tersepit dan terhimpit.

Pertama , kerana UMNO enggan ada kaitan dengan Perikatan Nasional dan mahu “Go solo”.

Kedua , PPBM akan hadapi PRN Johor dalam ketiadaan faktor kemenangan pada PRU14  kali ini.

Antara faktor kemenangan pada saat itu adalah janji janji palsu manifesto dengan penghapusan pelbagai perkara termasuk PTPN, TOL , Pelajaran Percuma, pemansuhan AES.

Namun PH yang ada PPBM didalam komponen ,telah menipu seluruh negara dengan mencari alasan tidak melaksana kan janji.

Selain itu, Ketika PPBM meraih kemenangan , ia bersandarkan rekayasa kisah 1MDB.

Berbalik kepada topik diatas, maka situasi terkini terlihat bahawa pada PRN Johor ini, PPBM dan PAS telah masuk ke gelanggang dengan imej sangat tercalar.

PPBM di lihat oleh kaum Cina yang majoriti nya penyokong DAP sebagai “pengkhianat” yang merampas jawatan Perdana Menteri dari kerajaan Pakatan Harapan yang di tunjang DAP.

Maka, boleh dianggap PPBM sudah separuh badan didalam kubur pada PRN Johor.

Berbalik kepada isu Datuk Sri Ismail Sabri pula, ramai akan memerhati tindak tanduknya terhadap PRN Johor.

Ini atas sebab pada PRN Melaka, DSIS di lihat seolah olah malu malu untuk berkempen bagi parti UMNO.

Gambaran sangat jelas, semacam ketakutan kepada “shareholder” kerajaan PN dan jawatan PM.

Maka , di PRN Johor, tentu sekali semua mata akan memerhati bagaimana DSIS akan menghadapi PRN Johor?

Pada kedudukan terkini, sudah ramai ahli PPBM mula keluar parti PPBM.

Dijangka kan lagi ramai akan keluar parti selepas penamaan calon.

Maka dalam keadaan PPBM bergolak dan sebelah kaki sudah didalam kubur, apakah DSIS masih segan untuk berkempen secara  terbuka untuk BN?

Jika DSIS tidak tunjuk kan perilakunya menyokog BN dan UMNO “all out” maka peluang mahu menjadi calon Presiden UMNO akan hancur berkecai.

Ia akan menjadi isu besar dan ahli UMNO akan jadikan alasan kempen tolak DSIS.

Di waktu ini pun DSIS sudah dilihat seolah olah takut kepada pihak PPBM dan PAS.

Bukan DSIS sahaja, malah ada beberapa pemimpin UMNO yang dilihat semacam takut untuk tunjuk diri mereka “terlalu UMNO” semenjak menjadi Menteri Ketika di PRN Melaka.

Sedang pemimpin PPBM tidak segan silu bermati matian sokong dan kempen untuk parti mereka , ada pula kalangan pemimpin UMNO mendapat jawatan malu malu untuk kempen untuk BN dan UMNO.

My-news.online sempat menonton video ucapan seorang tertinggi UMNO di PRN Melaka dalam majlis tertutup namun, pegawai nya melarangkan ia disiarkan , mungkin agak nya takut “tuan bunga” kecil hati.

Maka, rumusan nya, ada kah dalam keadaan dan situasi politk terkini, DSIS masih malu malu mahu berkempen untuk  BN dan UMNO?

Sama sama kita tunggu dan lihat.

Leave a Reply