Mun Yee kini bergelar Datuk

Mun Yee kini bergelar Datuk
KUALA LUMPUR: Bekas ratu terjun negara, Leong Mun Yee menerima pengiktirafan yang membawa gelaran Datuk dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, hari ini.
Istiadat berkenaan turut menyaksikan atlet para negara, Abdul Latif Romly menerima gelaran sama sekali gus membuktikan keringat atlet dihargai.
Khabar berita gembira itu dikongsikan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam hantarannya di Facebook dengan berkata: “Bekas atlet terjun negara @AngelaLeong (Mun Yee) terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.”
Pada awal tahun ini, Mun Yee bersara daripada arena terjun selepas 27 tahun menabur bakti dengan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi pentas terakhir buat dirinya.
Sepanjang 27 tahun terbabit dalam sukan terjun, Mun Yee yang berpengalaman sebagai model sambilan itu menyumbangkan 17 pingat emas, lima perak dan lima gangsa di temasya Sukan SEA.

Mun Yee, 37, turut pernah melakar pingat perak bersama Datuk Pandelela Rinong Pamg dalam acara 10m seirama wanita di Kejohanan Dunia Gwangju 2019.
Pada Oktober lalu, Pandelela menerima gelaran Datuk apabila dianugerahkan pingat Panglima Setia Bintang Sarawak sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.
Sebelum itu, pemenang pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020, Azizulhasni Awang turut dianugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang membawa gelaran sama.
Azizulhasni yang dikenali dengan julukan ‘The Pocket Rocketman’ menerima gelaran berkenaan menjelang aksi di Tokyo dan ia satu pengiktirafan tertinggi buatnya selepas lebih sedekad terbabit dalam sukan berbasikal.
Mun Yee kini bergelar Datuk
Disyorkan Untuk Anda :
- PRN Johor: Sikap tak peduli pengundi baharu membimbangkan BN
- Dua Pengkaji Politik Ramal Parti PEJUANG Mahathir hadapi “Total Wipeout” Jika Bertanding.
- Tarikh Penting PRN Johor, SPR Bermesyuarat Esok
- PPBM Tidak cukup “Jantan” Untuk Cabut Plug “Perdana Menteri”