Dua Pengkaji Politik Ramal Parti PEJUANG Mahathir hadapi “Total Wipeout” Jika Bertanding.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Dua orang pengkaji politik dan penganlisa menjangkakan jika Parti milik peribadi Mahathir masuk bertanding di PRN Johor, maka pasti akan hadapi kekalahan teruk atau pun “Total wipeout”.

Kajian dibuat oleh Doktor  Oh Ei Sun dari Singapore Institute of International Affairs  menyatakan PEJUANG dikira bernasib baik jika menang satu pun dari 56 kerusi DUN Johor.

Mahathir mungkin menjadi watak umpanan PEJUANG namun, PEJUANG ketiadaan ahli “roots” dan juga rangkaian network sebuah parti seperti UMNO , PKR dan DAP.

Kami percaya kepada pendapat Doktor OES atas sebab PEJUANG ditubuhkan sebagai parti “butik” sahaja dan bukan untuk membela rakyat.

PEJUANGbertujuan utama untuk menaikan ‘Mukhriz” untuk menjaga kepentingan Mahathir yang ada di merata rata tempat atas nama pihak lain.

PETAI juga tidak berpihak kepada Barisan Nasional, atau Pakatan Harapan kerana sememang parti yang tiada kepentingan rakyat tidak perlu berbuat begitu.

Di Melaka PETAI tidak Nampak kepentingan projek billion billion hatta tidak minat untuk mewakili rakyat Melaka melalui bertanding di DUN.

PEJUANG hanya minat kepada kerusi Parlimen sahaja.

Apa yang dijangkakan akan dilakukan oleh parti milik Mahathir ini ada lah bertanding pada beberapa kerusi Parlimen pada PRU15 lalu “wait and see” antara pihak BN, PH dan PN  yang mana mahu kan top up kerusi PETAI untuk jadi kerajaan.

Di sinilah bida untuk menyelit Mukhriz akan dilakukan.

Itu jangkaan kami.

Menurut penganalisa Senior Fellow  Akademi Nusantara Azmi Hassan pula, Pejuang tiada harapan di Johor atas sebab mereka tiada keserasian dengan negeri Johor.

Kami tambahkan lagi Istana Johor juga tidak berapa ngam dengan parti PEJUANG.

Apa pun yang sangat jelas, prestasi Mahathir Ketika menjadi Perdana Menteri Ketika 22 bulan sangat sangat mengerikan dan menakutkan rakyat.

Kerjaan Mahathir mengakibatkan pelabur lari dengan cerita hutang negara dan ulang alik dengan isu 1MDB yang di ciptanya untuk melawan Najib Razak.

Sambil itu Mahathir menyindir rakyat dengan suka minta bantuan kerajaan dan jangan meminta minta.

Dalam waktu yang sama kerajaan Mahathir menjarah PETRONAS sehingga kering.

Maka walaupun dua penganalisa sudah mengkaji parti PEJUANG dengan pendapat mereka, kami di My-news.online sangat berharap Mahathir dan Pejuang nya bertanding juga supaya rakyat boleh menyaksikan apa yang menimpa kepada parti yang pemimpin nya hanya popular tetapi bergantung hidup kepada kisah 1MDB untuk tutup kelemahan sendiri.

Leave a Reply