Tuduh Najib Tak Malu , Mahathir Kecewa Kes Rekaannya Terhadap Najib Tidak Di peduli Rakyat

Hebahkan !!!

 

 Oleh Sirajuddin Ahmad

Sebaik sahaja Mahathir sihat dan boleh bercakap, terus dia tidak tunggu masa lagi untuk serang Najib.

Lim Guan Eng ada, Lim Kit Siang ada, Muhyiddin ada , Anwar ada , Ismail Sabri pun ada, tapi Mahathir pilih Najib juga.

Bukan susah untuk berfikir, Najib ada lah Perdana Menteri yang terbaik negara pernah lahirkan selain Tun Razak.

Malah Ketika Mahathir jadi Perdana Menteri kali kedua pun, Mahathir dan DAP hidup atas ihsan Najib Razak.

Di anggarkan sekitar RM120 bilion aset yang kerajaan Pakatan Harapan jual adalah hasil carian Najib.

Ketika Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, dia memikul beban hutang peninggalan Tun Mahathir.

Malah membatalkan projek Jambatan bengkok pun kerajaan Abdullah kena bayar pampasan hampir RM900 juta kepada kroni Mahathir.

Itu lah beban hutang diwarisi oleh Pak Lah @ Tun Lah.

Tapi, berbanding Mahathir , dia seronok menjual aset pennggalan Najib.

Kesemua aset yang di jual dan digadai oleh kerajaan Mahathir datang dari carian Najib, namun hanya hutang sahaja yang Mahathir sebut, keuntungan dan aset aset Mahathir tidak puji.

Berbalik kepada kenyataan Mahathir , Najib dan penyokong berasa tidak malu konon Najib itu perompak dan tidak malu menyokongnya.


Mahathir sebenarnya ketinggalan zaman dan bercakap umpama radio usang.

Ini bukan zaman pembunuhan Memali dan zaman BMF Auditor penyiasat skandal BMF mati di bunuh.

Ini zaman maklumat hujung jari.

Mahathir dan PH sangka sumbat sahaja kes kepada mulut rakyat , maka mereka akan terus jadi bodoh dan dungu.

Kali ini rakyat bermaklumat, berpengetahuan dari Media utama dan Media sampingan.

Jika dulu sumbat sahaja cerita versi kerajaan berkenaan pembunuhan orang Islam Memali maka rakyat akan dengar.

Sumbat sahaja kisah auditor siasat skandal BMF Mahathir mati dibunuh, terus di terima begitu sahaja.

Kali ini, sebaik sahaja Mahathir dan DAP menipu manifesto, terus rakyat tidak lagi percaya apa sahaja yang datang dari Mahathir dan DAP.

Pada mula kemenangan PH pada PRU14, mereka masih terus menang beberapa PRK selepas nya.

Sehingga PH ghairah tunggu SPR cari Kawasan untuk dibatalkan kemenangan UMNO.

Kemudian , selepas rakyat sedar Mahathir menipu manipesto dan masih cuba rasuah rakyat dengan cerita 1MDB , terus satu persatu Kawasan dimenangi semula oleh Barisan Nasional sehingga tujuh Kawasan berturut turut.

Kemudian rakyat tolak Mahathir, PH dan Bersatu di dua PRN Melaka dan Sarawak.

Semenjak itu kisah dan kes 1MDB hanya laku kepada penyokong PH dan mereka yang tidak tahu ditipu oleh PH.

Rakyat dan ahli UMNO terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Najb Razak dan tidak berpaling lagi.

Maka , sebutan “malu” yang keluar dari mulut Mahathir hanya sesuai untuk Mahathir sahaja.

Penyokong Najib tahu betapa kes di reka untuk Najib sahaja, terlalu banyak pincang pada kes Najib dari segi pembuktian, saksi, dan maklumat maklumat yang disembunyikan.

Selain itu, kisah para hakim, dan peguam semua dalam pengetahuan rakyat dan penyokong Najib.

Mereka bukan seperti penyokong Mahathir yang tuli, pekak dan buta.

Baik berkenaan Pulau Batu Puteh, Zeti Akhtar, Kehilangan Forex ,Semburit dan sebagainya.

Maka, Mahathir harus simpan sahaja perkataan “Malu” untuk diri sendiri , itu pun jika ada perasaan malu.

Ini era poitik moden MEDSOS, tipu pukul 9 .00 pagi , pukul 9.15 satu dunia sudah tahu.

Mahathir sahaja yang ketinggalan zaman.

Leave a Reply