“Exodus” Skala Mega Keluar PPBM Sudah bermula Di Johor

Hebahkan !!!

 Oleh Sirajuddin Ahmad

Maklumat yang desk My-news.online terima adalah berkenaan keluar secara beramai ramai dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM ) sudah bermula.

Keluar parti dalam skala mega ini bermula di Johor sebelum PRN Johor dan Seterus akan meningkat jumlahnya sebelum PRU15.

Antara sebab yang maklumatdan sumber  kami perolehi adalah hilang keyakinan kepada kepimpinan dan tidak yakin parti ada kekuatan dan matlamat.

Namun, kami sendiri menafsirkan adalah jangka PPBM akan terima kekalahan teruk di Johor ada lah punca  “Exodus” ini.

Seorang penganalisis berkata , yang masih mengikat PPBM ada lah kekuatan wang dan kedudukan jawatan Menteri Ketika kerajaan Keluarga Malaysia masih memerintah dan Perdana Menteri dari UMNO masih bawah kawalan PPBM.

Namun sebaik sahaja faktor ini sudah tiada, PPBM akan menjadi seperti anak ayam kehilangan ibu.

Sebelum ini, PPBM bernafas atas sebab jawatan Perdana Menteri ada lah milik PPBM.

Antara faktor lain , pengundi bukan Melayu di Johor seperti pengundi proDAP yang memberi undi kepada parti Bunga ketika PRU14 sudah Tarik sokongan dan enggan menyokong parti Bunga dan Muhyiddn Yassin kerana terasa di tipu oleh Tun Mahathir dan Muhyiddin.

Kini, parti Bunga gagal dapat pergunakan UMNO dan hanya Berjaya peralatkan PAS demi survival mereka.

Berbalik kepada keluar parti beramai ramai dan bersendirian ini di jangka akan berterusan sehingga pru15.

Anuar Musa dalam satu wawancara baru baru ini juga meminta agar UMNO menerima mereka mereka dari parti Bersatu ini.

Ini menunjuk kan memang sudah ramai memohon kembali kepada UMNO sehingga Annuar Musa terpaksa membuat kenyataan.

Dalam pada itu, kepimpinan UMNO juga dilaporkan sudah ada beberapa nama besar dari kalangan PPBM memohon untuk Kembali, termasuk beberapa MP Katak.

Namun atas sebab beberapa perkara , barangkali ada sedikit syarat atau permohonan yang di pinta oleh mereka, maka tidak di umum lagi siapa mereka mereka ini.

Kini, tunggu sahaja nanti apabila kempen PRN Johor bermula sama ada Presiden atau mantan Presiden akan memberi sedikit “hint” berkenaan hal ini.

Leave a Reply