Dua Menteri Runding Sulit Mahu Kembali ke UMNO
Dua Menteri Runding Sulit Mahu Kembali ke UMNO
Oleh Sirajuddin Ahmad
Semakin hampir PRU15 dan bakal berlangsung pula PRN Johor , maka keadaan pula semakin panas dan semakin huru hara pula.
Apa yang pasti , mereka yang berada di dalam parti Pribumi Bersatu paling tidak tenteram.
Sumber terkini yang kami perolehi yang kami sangka berita baru atau skoop terkini rupa rupa nya sudah terjadi beberapa bulan lalu.
Berita “leak” yang kami maksudkan adalah rundingan antara dua Menteri dengan Presiden UMNO untuk mereka mahu Kembali kepada pangkuan UMNO.
Disyorkan Untuk Anda :
- PRK DUN Chini: Atas Beberapa Faktor, BN Wajar Menang Tanpa Bertanding – Ahmad Maslan
- Umno memerlukan calon PM tetapi persoalannya ialah siapa, kata Ku Li dan Khairy
Namun kedua Menteri yang dimaksudkan tidak bertindak secara bersama , mereka bersendirian dan bertindak atas kapasiti sendiri dan solo tanpa pengetahuan satu sama lain.
Apa yang pasti adalah mereka mengintai peluang untuk masuk semula kedalam UMNO.
Salah seorang dari Menteri ini dikatakan tidak dapat layan sewajarnya dari pihak kepimpinan parti Bersatu dan konon nya kecewa terlepas sesuatu yang dimintanya.
Menteri lagi satu pula tidak pasti apa sebab beliau mahu keluar dari Bersatu atas sebab kehendak ini baru diketahui sebulan yang lalu.
Apapun kedua Menteri ini menjadikan mereka yang berunding sulit dan negosiasi sulit dengan Presiden UMNO sudah berjumlah Empat orang semuanya.
Hasil dari apa yang di runding dan apa yang dimahukan pastinya tidak kita ketahui.
Kami juga pasti Presiden UMNO sama ada menafikan berita ini atau pun “tone down” isu ini atas sebab kerahsian.
Berkemungkinan juga atas sebab ia baru di peringkat nyata Hasrat dan bukan taraf rundingan, ini sangat difahamkan.
Lagipun gangguan orang seperti Tun Mahathir untuk mengenakan sesuatu Tindakan kepada mereka mereka ini cuba di elak kan.
Apa pun di Johor, sudah ramai ahli PPBM umum keluar parti sehingga semalam.
Pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan PPBM, apa apa pun sama sama kita tunggu berita selanjutnya.
Dua Menteri Runding Sulit Mahu Kembali ke UMNO
Disyorkan Untuk Anda :
- PRN Johor: Sikap tak peduli pengundi baharu membimbangkan BN
- Dua Pengkaji Politik Ramal Parti PEJUANG Mahathir hadapi “Total Wipeout” Jika Bertanding.
- Tarikh Penting PRN Johor, SPR Bermesyuarat Esok
- PPBM Tidak cukup “Jantan” Untuk Cabut Plug “Perdana Menteri”
Lawati Laman Facebook Kami