Jika Bicara Keluarga Zeti Sebelum PRU15 , BN akan menang Cemerlang.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Beberapa laporan media menyatakan kertas siasatan terhadap kes keluarga Zeti Akhtar Aziz memiliki wang RM700 juta dari Jho low telah lengkap siasatan dan kini telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Namun, berapa kurun lagi akan di serah kepada mahkamah oleh Peguam Negara ,siapa pun tidak dapat tahu.

Ramai rakyat sudah mendapat sedikit info dari kes ini, dan percaya ia membabitkan Tun Mahathir .

Keyakinan bahawa Tun Mahathir di belakang alihan wang RM700 juta di kuatkan dengan beberapa factor.

Antaranya kelewatan di buka kes dan kemudian nya tiada komen dari Tun Mahathir untuk mendesak kes disegerakan.

Selain itu, watak watak utama ulangan skandal Forex 30 bilion ada sama dalam kes RM700  juta, ia itu Nor Yakob dan Zeti sendiri.

Ia gambaran bahawa jika kes RM42 juta Tun Mahathir begitu kuat berkempen untuk mengenakan Datuk Seri Najib Razak, mustahil wang RM 700 juta milik 1MDB, tiba tiba Mahathir buat tidak peduli pula.

Ini sama juga dengan apabila Mahathir bersungguh sungguh dengan kes liwat Anwar bila mana semua saksi dan terbabit di temuduga sendiri oleh Mahathir, dan kemudian nya hanya menggunakan tilam sudah memadai memenjarakan Anwar , waima kes lain sebab nya , ia itu salah guna kuasa.

Namun , pada kes ‘Semburit’  Azmin di Sandakan , Mahathir menjadi sedikit ‘blur” walaupun ada saksi, bukti, video dan cctv.

Begitu lah Mahathir dalam banyak isu dan banyak perkara, yang akibatkan negara huru hara sehingga kini.

Berbalik kepada tajuk diatas, jika kes keluarga Zeti “mencuri” RM700 juta wang TIA/1MDB di buka sebelum PRU15, UMNO dan Barisan Nasional miliki ‘advantage” tambahan didalam kempen mereka.

Selain kedudukan terkini bahawa BN telah Kembali mendapat sokongan rakyat atas sebab rakyat tersedar mereka di tipu oleh Pakatan Harapan dan PPBM.

Penipuan PH yang disambung oleh sisa sisa PH dalam Perikatan Nasional semakin di tolak oleh rakyat , hatta Parti Pribumi Bersatu Malaysia terpaksa bersembunyi dibelakang PAS dan logo PN yang mirip  BN.

Kes keluarga Zeti boleh mendedahkan segala penipuan dan penyelewengan wang 1MDB dan pemimpin Bersatu boleh terlihat cuba menutup perilaku pesalah dan perompak sebenar , semata mata untuk mengenakan DSNR,

 

Jika pendakwa yang di pilih datang dari mereka yang jujur, maka soalan soalan yang tepat dan padu boleh mengeluarkan jawapan sebenar dari pelaku.

Ramai juga rakyat dan netizen risau dan syak kes terpaksa dibuka hanya untuk menutup mulut dan kemudian nya didapati tidak bersalah.

Ini untuk menyucikan dan kemudian tidak lagi boleh dijadikan bahan bualan rakyat sebab di putuskan tidak bersalah.

Macam macam boleh terjadi akibat pelaku miliki network di merata rata tempat, tambah lagi kes membabitkan dua orang yang sangat berkuasa dan berpengaruh dibelakang tirai.

Apa pun dari segi moral, pembukaan kes sahaja sudah cukup mengerunkan pihak PH.

Ini kerana mereka hanya mahu Najib Razak di penjarakan, siapa yang lain mencuri wang 1MDB masuk kedalam akaun tidak mengapa, asalkan Najib Razak di penjarakan.

Maka atas sebab sama PH konon konon nya main trumpet isu Azam Baki seolah olah wang rakyat sudah terusik, tapi dalam masa yang sama kes RM700 juta dan kes tiga Bank miliki saham orang Melayu diserah kepada syarikat judi pembeli Kapal mewah Jho Low dibuat bodoh waima membabitkan berbilion wang rakyat.

Ini lah antara najis najis PH yang diselindungi oleh PPBM.

Skandal PH lebih hebat dan bertaraf mega , beza Cuma belum di buka atau di selongkar oleh sebuah kerajaan yang dominan seperti BN dan UMNO.

Maka, rakyat harus mendesak disegerakan bicara kes zeti , jangan berlengah seperti kes Lim Guan Eng.

Buka sebelum PRu15 , soal jawap pelaku dan saksi boleh di jadikan bahan gelak ketawa oleh orang orang UMNO dan rakyat.

Ini boleh menyedarkan rakyat apa sebenar terjadi kepada DSNR.

Leave a Reply