PPBM dan PAS, Terperangkap – “Tekan Butang Putrajaya Mati Emak, tidak tekan Mati ayah’

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Ada pihak berpendapat fatwa PAS akan berbeza jika didalam Perikatan Nasional ada termasuk parti PAN@ AMANAH didalam nya.

 

Parti PAN pula diizinkan pilih dari kalangan mereka sendiri untuk menjadi Menteri.

 

Dan waktu yang sama , Menteri Menteri PAS dalam kabinet PN pula dipilih oleh Presiden Bunga dan bukan Presiden PAS, mungkin lagu dan fatwa PAS akan berubah.

 

Kedudukan terkini dalam situasi politik tidak stabil baik di peringkat negeri mahupun peringkat Nasional , menyaksikan adengan ugut mengugut dari parti parti yang terkait menjadi kerajaan.

 

Paling terkesan adalah dua parti ia itu PAS dan PPBM apabila UMNO tidak mahu bersama sama dua  parti yang mula di tolak oleh rakyat pada dua PRN , Melaka dan Sarawak.

 

Banyak juga wang deposit telah hilang dari calon PAS pada PRU14 di Johor dan PRN Sarawak.

Kini, apabila diumumkan pembubaran DUN Johor, PAS dan PPBM terlihat mereka akan dimalukan bukan oleh UMNO tetapi oleh rakyat.

Maka akibat takut akan hal ini, PAS dan PPBM mengugut UMNO bahawa kesabaran mereka ada had nya dan akan bertindak balas terhadap UMNO.

Kenapa PAS dan PPBM perlu ugut UMNO?

Bukan kah UMNO itu parti itik patah sayap?

Bukan kah UMNO itu, parti “kleptokrat” dan “penyamun’ dan parti yang dah mati tinggal nama sahaja?

Apa yang PAS dan PPBM hendak marah sangat bila UMNO enggan Bersama kedua parti ini dan UMNO mahu bergerak solo?

Jawapan kepada semua ini sangat mudah.

Selama ini PAS dan PPBM berniat jahat terhadap UMNO.

Mereka ambil amanat pencuri jawatan Perdana Menteri dari Pakatan Harapan ia ituTun  Mahathir.

Setelah gagal haramkan UMNO perguna RoS dan Zahid Hamidi, Tun Mahathir  perguna parti Bunga untuk melaksana kan Hasrat busuknya.

Maka pada awal lagi Mahathir terpaksa asingkan diri dari Parti Bunga terlebih dahulu, kerana nama busuknya sebagai “anti Melayu” tidak akan membawa kejayaan.

Ahli UMNO akan menolak Bunga kerana nya.

Maka di recanakan Parti  Bunga melalalui Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meneruskan ‘game” ini.

UMNO yang dominan pada pru15 adalah UMNO yang akan seret Mahathir dan kuncu serta Muhyiddin ke mahkamah dengan pelbagai kes yang sangat mudah dicungkil pada 22 bulan dan 17 bulan pentadbiran PH dan PN., maka atas sebab itu UMNO perlu dihapuskan dominasi nya.

Dalam permainan ini, Parti Bunga perguna kuasa Perdana Menteri yang di curi oleh Mahathir dari PH untuk menekan UMNO.

Apabila Muhyiddin sudah tidak popular atas sebab memimpin “Kerajaan gagal’ maka dia terpaksa lantik Perdana Menteri dari kalangan pemimpn UMNO.

 

Sepatutnya , ia di serah kepada UMNO siapa mereka hendak pilih.

Sama ada pilihan UMNO orang yang banyak kes yang di reka  oleh PH dan Tun Mahathir, maka ia tetap pilihan UMNO dan bukan pihak lain.

Namun Muhyiddin telah memillih sendiri Datuk Seri ismail Sabri tanpa merujuk UMNO.

DSIS pula setelah dilantik , kembali kepada kepimpinan umno meminta restu, dan mereka terima sahaja dengan bersyarat bahawa DSIS harus melaksanakan beberapa perkara untuk “justify’ dia PM UMNO.

Tapi sebaliknya , DSIS langsung tidak pedulikan UMNO kerana terikat dengan perjanjian antara dia dengan  Muhyiddin sebelum menerima jawatan.

Kini apabila UMNO buat keputusan ‘go-solo’ di PRN Johor , pemimpin kedua dua parti PAS dan PPBM mengugut UMNO pula dan peringat akan jawatan PM DSIS itu adalah anugerah mereka.

UMNO secara mudah menempelak, “itu urusan kamu dengan Ismail, bukan dengan UMNO”
Terus PPBM dan PAS mati akal ..

PAS dan Bunga boleh tekan butang Ismail Sabri bila bila masa kerana UMNO tiada halangan langsung.

 

“Tekan lah , biar Putrajaya roboh, dan PRU boleh diadakan segera’, itu seolah olah kata balas UMNO, yang menyaksikan PAS dan Bunga hilang akal.

Kini, di laporkan dari beberapa “finding” bahawa Johor juga akan di tapau oleh UMNO.

Selain “retain’ kerusi sedia ada, UMNO dan BN di ramalkan akan menambah beberapa kerusi lagi.

Maka , konklusinya, PAS dan Bunga terperangkap dengan permainan dan percaturan sendiri.

Seperti prinsip domino , lepas satu, satu negeri UMNO akan kutip.

Hendak tekan butang di Putrajaya , itu lah yang UMNO dan ahli UMNO kehendaki, jika takut hendak tekan butang maka risiko PRN akan diadakan di Johor dan beberapa negeri lagi.

Ini yang dikatakan oleh pepatah inggeris ‘Dam if you do, dam if you don’t” , “tekan mati emak , tidak tekan mati ayah”

Leave a Reply