Kesabaran PAS ada hadnya , Hipokrasi Sahaja tiada Hadnya

Hebahkan !!!

 

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

PAS bukan autoriti dalam agama Islam, PAS yang sangka mereka pemegang kuasa agama Islam.

hadi dan muhyiddin

Orang Islam tidak perlukan PAS, PAS yang sangat perlukan orang Islam.

Islam tidak perlukan undi atau kerusi, yang perlu undi dan kerusi adalah PAS.

Tanpa ada PAS pun umat Islam boleh hidup , PAS yang tidak boleh hidup tanpa umat Islam.

Di negeri yang di menangi oleh PAS seperti Kelantan dan Terengganu, mereka mereka yang undi PAS akan serta merta naik bas atau tren serta kereta Kembali ke negeri yang tidak diperintah oleh PAS , seperti Kuala Lumpur, Johor atau Pulau Penang.

Ini kerena mereka perlukan berkerja , ekonomi dan survival periuk nasi.

Walaupun mereka menangkan PAS di Malay hub itu, mereka sendiri tahu mereka perlukan negeri yang di perintah oleh “non PAS” untuk periuk nasi mereka.

Ini sudah cukup justify PAS hanya bagus diberi undi untuk seronok kan diri sahaja dan bukan bagus dari segi praktikal.

 

Tidak pasti yang hipokrit ada lah pengundi atau pun parti PAS.

Isu terkini antara PAS Bersama Bersatu terhadap Parti UMNO terlihat bagaimana marah nya PAS kepada UMNO atas sebab UMNO enggan bantu PAS dalam PRN Johor.

Kenapa PAS begitu marah jika PAS kata UMNO tidak boleh bergerak sendiri tanpa PAS?

Siapa yang PAS hendak tipu?

Jika PAS andaikan UMNO itik patah sayap yang di bantu oleh PAS, ini bermakna selepas UMNO dan PAS tidak Bersama lagi, maka UMNO akan Kembali lemah semula , maka apa perlu PAS risau?

Atau, PAS cuba bohong diri sendiri?

PAS harus lihat perbuatan diri sendiri yang tidak beretika.

Selepas berjanji dengan UMNO , PAS sujud kepada kemewahan yang di sogok oleh Parti Bersatu.

Atas sebab itu PAS mula cari jalan mahu perbodohkan UMNO.

Terma PAS dengan UMNO tidak sama dalam Perikatan Nasional.

PAS dapat semua orang Presiden dalam kabinet, sambil UMNO dapat semua pemimpin anti Presiden dalam kabinet PN.

Keadilan jenis apa itu?

Sambil itu, PN mahu lemahkan UMNO perguna Menteri selektif PN untuk pecah belahkan UMNO.

Dengan jawatan Menteri dan dana dari projek, Menteri UMNO ada modal untuk penetrate bahagian UMNO laksana kehendak Bunga dan Mahathir, cadang tumbangkan Presiden UMNO yang tidak akan mencalonkan katak dan pemimpin talibarut Bunga dalam UMNO.

Selain itu PAS menyokong saksama untuk Bunga sedangkan parti Bunga hanya miliki jumlah ahli yang sangat kecil jumlahnya.

Bayangkan 40 kerusi untuk ahli tidak beberapa kerat berbanding 40 kerusi untuk parti yang miliki 3 juta ahli.

Jika UMNO ikut kehendak bodoh ini, Presiden UMNO akan dikerat oleh ketua Bahagian yang ramai disisih untuk beri laluan kepada Bunga dapat tanding dikawasan UMNO.

PAS bukan parti intelek.

UMNO tidak boleh layan kedua PAS dan Bunga.

Terma banyak merugikan UMNO dan untungkan Bunga.

Elok sahaja UMNO gerak solo.

Biar PAS serah kepada Allah sama ada umat Melayu Islam akan terdorong dengan sebuah parti retorik agama dan bukan praktikal agama.

Biar UMNO Go solo sama ada menang atau tidak itu terserah.

Yang penting UMNO ada hala tuju sendiri dan lebih penting UMNO tidak terjerat dengan ‘game” Tun Mahathir di belakang Bunga dan MUDA secara sulit.

Biar PAS terkontang kanting sendirian.

Kesabaran memang ada had nya, kebodohan dan hipokrasi sahaja yang tiada had nya,

Leave a Reply