Persepsi pembangkang tak bersatu jejas peluang PH pada PRN Johor, kata ahli akademik

Hebahkan !!!

PETALING JAYA: Seorang ahli akademik mengingatkan Pakatan Harapan (PH) bahawa peluang mereka untuk memenangi pilihan raya negeri (PRN) Johor terjejas teruk disebabkan persepsi rakyat ia tidak bersatu.

James Chin daripada Universiti Tasmania berkata, tiada gunanya pemimpin PKR Anwar Ibrahim meremehkan ura-ura mengenai pembangkang tidak bersatu berikutan keputusan partinya menggunakan logo sendiri pada PRN.

Katanya, sebilangan pengundi akan mempersoalkan keupayaan PH untuk membentuk kerajaan memandangkan ia tidak dapat bersetuju mengenai penggunaan logo yang sama.

Anwar menegaskan bahawa keputusan PKR itu tidak menjeja

James Chin.

Tambahnya, strategi itu telah digunakan sebelum ini tanpa kesan buruk dan menuduh parti yang tidak dinamakannya memainkan isu ini untuk memecahbelahkan pembangkang.

Chin berkata, walaupun penyokong PH tegar akan “sangat kecewa” kerana gabungan itu tidak menggunakan logonya dan mungkin tidak keluar mengundi.

Beliau menjangkakan peratusan keluar mengundi di kawasan bandar terutamanya akan terjejas.

“Persepsi penting. Malah mereka yang sangat membenci Barisan Nasional (BN) tidak akan keluar mengundi kerana mereka tidak berpuas hati dengan pembangkang,” katanya.

Tambahnya, di kawasan majoriti Cina, persepsi bahawa pembangkang yang berpecah-belah akan mengapi-apikan lagi kemarahan masyarakat terhadap DAP, seperti yang berlaku pada PRN Melaka baru-baru ini.

Azmil Tayeb.

Beliau berkata, pengundi yang lebih berusia mungkin menggunakan Covid-19 sebagai alasan untuk tidak keluar mengundi.

Azmil Tayeb daripada Universiti Sains Malaysia berkata, peratusan keluar mengundi pada PRN sentiasa rendah.

Bagaimanapun, beliau turut bercakap mengenai keletihan pengundi, “terutamanya apabila mereka lihat tiada sebarang alternatif yang berdaya maju” untuk dipilih.

“Begitulah keadaannya sekarang,” katanya.

Leave a Reply