Neelofa Selamat Lahirkan Cahaya Mata Sulung Anak Lelaki

Hebahkan !!!

Pelakon dan pengacara popular Neelofa selamat melahirkan cahaya mata sulung di sebuah hospital di ibu negara, pada jam 3.44 petang Sabtu lepas.

Khabar gembira tersebut dikongsikan suaminya, Muhammad Haris Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran PU Riz, menerusi satu kenyataan.

Menerusi kenyataan itu, PU Riz meluahkan kesyukuran kerana segala urusan menyambut cahaya mata pertama mereka dipermudahkan.

Malah, pasangan itu turut mendedahkan nama putera sulung mereka iaitu Muhammad Bilal Muhammad Haris.

“Assalamualaikum. Alhamdulillah, puji dan syukur kami panjatkan kepada ALLAH SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya.

“Isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan putera sulung kami, Muhammad Bilal Muhammad Haris pada 29 Januari 2022, pukul 3.44 petang.

“Syukur, Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan. Kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” ujarnya menerusi kenyataan tersebut.

Dalam masa sama, pasangan itu turut menzahirkan penghargaan buat semua yang mendoakan mereka.

Leave a Reply