Man United Gantung Mason Greenwood Serta-Merta

Hebahkan !!!

Bintang The Reds Devils, Mason Greenwood digantung Manchester United serta-merta selepas penyerang itu didakwa menyerang teman wanita Harriet Robson.

“Mason Greenwood tidak akan kembali berlatih atau bermain perlawanan sehingga diberitahu kelak,” ujar kelab tersebut.

Robson sebelum itu menyiarkan imej, video dan audio mengerikan Instagramnya pada Ahad, menunjukkan darah mengalir dari bibirnya selain lebam di badannya.

Dalam satu klip video yang memaparkan bibirnya dipotong, dia menulis: “Kepada semua orang yang ingin mengetahui apa yang sebenarnya dilakukan oleh Mason Greenwood kepada saya.”

Manchester United sebelum mengeluarkan kenyataan awal selepas tulisan itu viral: “Kami menyedari imej dan dakwaan yang tersebar di media sosial.

Greenwood menerima banyak kecaman di media sosial ekoran tindakannya menyerang wanita itu.

Ada yang mengatakan tidak mengapa jika bermain bolasepak di dalam padang tidak begitu bagus tetapi peminat tidak boleh menerima perbuatannya menyakiti wanita.

Leave a Reply