Selepas Melaka , Undi Tentera Di PRN Johor , menguji Hishamuddin

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Di Melaka, undi dari tentera tidak dapat kepada Barisan Nasional dan UMNO.

Dari 18 saluran , BN hanya dapat satu sahaja.

Bermakna sangat sesuatu telah terjadi.

Tidak dapat dipasti jumlah undian di PRN Melaka satu protes atau sabotaj.

Namun ia tetap bawa mesej tentera menolak BN.

Pelbagai alasan telah diberi untuk kekalahan pelik ini.

Dikatakan pelik atas sebab gelombang menolak Pakatan harapan dan sisa sisa mereka di Perikatan Nasional sedang hebat , tiba tiba undi tentera melawan arus gelombang.

Selain itu , ada juga alasan konon, PN pun kerajaan , BN pun kerajaan apa salahnya undi PN?

Namun yang jelas, pihak tentera telah di programkan oleh pihak tertentu untuk tidak mengundi BN.

Kali ini, PRN Johor, siapa pula pihak dari kem kem tentera akan undi?

Sama mentaliti dengan tentera di Melaka kah?

Apapun teori seorang penganalisa politik ada menyatakan Hishamuddin terlihat semacam malu untuk menunjuk kan sokongan kepada UMNO berlebihan dan ada juga dakwaan halangan dari pihak H20 tidak mahu ucapan dan kenyataan H20 tidak diviralkan untuk menunjukkan siapa dia sokong.

Ketepikan itu semua, kerana BN sudah tawan Melaka.

Kini kita tumpu kepada “next battle” di DUN Johor pula.

Saranan supaya H2O lebih bergiat aktiv memantau timbalan kementerian nya yang dikata kan sangat aktiv dan efektif dalam kerja menarik pengundi menyokong Perikatan Nasional.

Jangan pula penyokong H20 melenting tidak tentu pasal, asal menegur atau mengkritik H20 dianggap sebagai hendak menjatuhkan H20 pula.

Kita sama sama sayangkan UMNO dan BN , maka kita saran H20 buat kerja mulai hari ini.

Jangan semacam Melaka , UMNO menang tapi undi tentera lari ke pihak lawan pula.

Nasib baik tiada pihak mahu menuduh H20 punca kepada ini semua.

Kita belum dapat maklumat berapa jumlah undi kesemua tentera di Johor , tapi kita beri pesanan awal kepada H20 agar berwaspada kepada kerja licik pihak tertentu dalam menghasut tentera mengundi mereka.

Jangan ulangi kehilangan 17 saluran dari jumlah 18 saluran tentera jatuh kepada pihak lawan seperrti di Melaka dan H2O akan bermasalah menjawap kepada UMNO, sekaligus dikatakan takut berkempen untuk UMNO kerana proBunga.

 

 

Leave a Reply