Hutang Negara Cecah RM1 Trilion Hari Ini

Hebahkan !!!

Hari ini, secara rasmi hutang langsung kerajaan telah pun mencecah jumlah RM1 trilion hari ini.

Datuk Seri Najib Razak di laman Facebooknya hari ini menulis tentang perkara itu hari ini.

“Secara rasmi, hutang langsung kerajaan telah cecah RM1 trilion hari ini.

“Naik RM316 bilion (46%) dari RM686.8 billion pada tahun 2017 sebelum PRU14 ke RM1,002.9 bilion.
Visi mereka untuk hutang negara benar-benar cecah RM1 trilion telah berjaya,” katanya.

Pada 2018 selepas Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, Pakatan Harapan (PH) kerap memainkan naratif bahawa hutang negara sudah mencecah RM1 trilion padahal masa itu hutang negara belum mencapai jumlah berkenaan.

Hampir setiap masa para pemimpin PH termasuk Perdana Menteri pada masa itu iaitu Mahathir Mohamad. Hari ini, ia jadi kenyataan.

Najib dalam tulisannnya berkata semasa beliau menjadi Perdana Menteri, pertumbuhan ekonomi begitu pantas serta defisit kerajaan turun selama lapan tahun berturut-turut sebelum ia meningkat dengan laju selepas PRU14.

“GST dimansuh, Petronas dijarah, aset-aset negara yang memberi pulangan yang baik pula dijual secara lambak oleh mereka. Ekonomi lembab.

“Akibatnya kadar kenaikan hutang kerajaan sangat pantas berbanding masa saya PM – iaitu tempoh PH asyik tuduh negara akan bankrap bawah saya,” kata Najib.

Najib turut meminta ada sesiapa di pihak pembangkang dan PH jika ada sesiapa yang mahu menyangkal fakta penulisannya tentang hari ini hutang negara telah mencecah RM1 trilion.

Pada era PH menjadi kerajaan, setiap masa mereka mengatakan bahawa hutang negara sudah mencecah RM1 trilion ketika Najib menjadi Perdana Menteri tetapi ternyata ia tidak benar.

Hutang Langsung Kerajaan adalah cara di seluruh dunia untuk mengira hutang sesebuah negara, menurut Najib.

Leave a Reply