PRN Johor : Dari Pakatan Harapan Kini Masing-Masing Hanya Pakat-Pakat Harap

Hebahkan !!!

Hubungan dalam Pakatan Harapan (PH) yang dulu kononnya gah dapat menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini hanya tinggal omong kosong dan parti-parti dalam PH dulu kini hanya tinggal “pakat-pakat harap” sahaja menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pakat-pakat harap masing-masing dapat jumlah kerusi yang diinginkan untuk bertanding, ada parti yang sudi bekerjasama dengan mereka dan pakat harap bakal menang pada hari mengundi nanti.

Kisah bertukar lambang dan logo ketika bertanding dalam kalangan parti dalam pembangkang bukan cerita baharu.

Kadangkala, rundingan berlarutan sampai berminggu-minggu hanya untuk memuktamadkan logo parti mana yang akan dipakai.

Semalam, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa partinya PKR akan menggunakan logo sendiri manakala parti DAP dan Amanah akan menggunakan logo PH. Jika parti Muda menyertai PH, tidak diketahui lagi sama ada mereka akan menggunakan logo PH atau parti mereka sendiri.

Nampaknya, ada rasa gemuruh sedikit dalam diri Anwar apabila enggan menggunakan logo PH walhal beliau ialah pengerusi pakatan itu.

Mungkin beliau bimbang, nasib PH akan sama seperti yang dialami Perikatan Nasional (PN) yang kalah teruk pada PRN Melaka baru-baru ini.

Ketika sekarang reputasi Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin nampak mula goyah, Anwar bimbang kesannya juga akan terpalit sama kepada mereka.

Dengan populariti PH juga sudah mula merudum sampai kembali mengadakan demonstrasi jalanan, PRN Johor pasti menyediakan laluan sukar untuk PH untuk menang banyak kerusi pada PRN di Johor kali ini.

Leave a Reply