Niat Bersatu Hanya Mahu Tamatkan Riwayat UMNO Selamanya – Najib Razak

Hebahkan !!!

Datuk Seri Najib Tun Razak meminta mana-mana pihak yang ada niat mahu parti UMNO dan Bersatu bekerjasama agar menghentikan hasrat itu kerana niat sebenar parti Bersatu hanya untuk tamatkan UMNO buat selama-lamanya.

Menurut beliau dalam satu penulisan di laman Facebooknya, Najib Razak, akar umbi UMNO sudah lama sedar dan tahu niat parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.

“Sejak rakaman audio ‘scheme of things’ terbongkar di mana Perdana Menteri ke-8 (Muhyiddin) dedahkan rancangan untuk sogok pemimpin Umno dengan jawatan kerajaan dan GLC (syarikat berkait kerajaan), kami dah sedar.

“Jadi dengan pengakuan umum Bersatu semalam, saya harap pemimpin Umno yang masih inginkan kita bekerjasama dengan Bersatu akan hentikan usaha mereka,” katanya.

Najib Razak turut menujukan pesanan yang sama kepada rakan parti yang satu lagi dalam Muafakat Nasional (MN) iaitu PAS.

“Kawan-kawan dalam Muafakat yang masih seru kita untuk menerima Bersatu pun patut henti pujuk. Kami tetap kawan tapi jangan pujuk lagi,” katanya.

Semalam, Bersatu Johor berkata, keputusan Muhyiddin tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir adalah kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap jentera Perikatan Nasional (PN), sekali gus menamatkan dominasi kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Keputusan beliau (tidak bertanding) juga tidak menjejaskan prestasi atau memberi kesan negatif, sebaliknya mampu menggandakan pengukuhan dan kekuatan jentera parti bagi menewaskan BN pada PRN kali ini,” kata Ketua Penerangan Bersatu Johor Mohd Solihan Badri.

Leave a Reply