Logo “HARAPAN” bawa Suwey , PKR guna logo sendiri

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Nampaknya logo Pakatan Harapan sudah menjadi semacam satu logo yang membawa suwey kepada Parti Keadilan Rakyat.

Selain kalah 7 kali turut turut di Pilihanraya kecil  , PKR lihat kekalahan kepada 2 PRN juga sebagai petanda lambang Pakatan Harapan membawa suey dan imej kekalahan.

Setelah puas bermain pelbagai isu rekaan dan isu tidak bawa manfaat kepada periuk nasi rakyat , pun Pakatan Harapan kalah juga , maka akhirnya PKR umum guna logo parti sendiri.

Demi untuk mengelak kena tapau di Johor pula.

Mungkin, PKR berfikir kemenangan mereka pada pru14 atas sebab PH guna lambang dan logo PKR, dan kedua Tun Mahathir dan DAP juga guna logo yang sama maka PH menang.

Kali ini, setelah orang Melaka dan Sarawak terajang parti parti yang guna logo merah HARAPAN maka segera PKR mahu asingkan diri dan jauhkan diri dari logo membawa suey itu.

Sebenarnya bukan logo yang membawa suey , tapi manifesto dan penipuan pada PRU14 yang masih kuat bau hancingnya.

Tukar logo dan lambang apa pun jika calon nya datang dari sisa kumbahan PH yang menipu jutaan pengundi, maka ia akan tetap di reject oleh rakyat.

Atas sebab sama lah Parti Bersatu cuba sedaya upaya mahu lihatkan diri bersama PAS dan UMNO.

Ini semata mata sebab PPBM sedar imej kotor mereka pada penipuan PH harus di jauhi.

Dalam hal ini PAS berjaya diumpan dan sedikit pemimpin UMNO juga termakan umpan PPBM.

Majoriti pemimpin UMNO dan ahli UMNO sudah tahu niat PPBM mahu selindung belakang jenama lain seperti Perikatan Nasional.

Akhir nya tembelang pecah juga, PPBM sedang berkira kira mahu menjilat semula PH pada pilihanraya negeri Johor.

Kerjasama sedang diusahakan dalam senyap.

Itu lah petanda sesiapa terkait logo suey “HARAPAN’ sebelum ini akan tetap di tolak oleh rakyat.

Tun Mahathir selepas buat majal selama 22 bulan Bersama PH telah lari bersembunyi belakang bendera PEJUANG@PETAI.

DAP pula walaupun konon dalam PH, tapi lebih banyak perguna logo roket dimana mana kesempatan.

Tinggal parti AMANAH sahaja yang masih mahu guna logo PH, atas sebab pemimpn mereka adalah dibawah pemimpin DAP.

Mereka tiada suara atau pendirian sendiri melainkan apa yang DAP mahukan.

Kini, sudah terbukti, PRU15 ada lah masalah besar kepada mereka yang pernah menggunakan lambang HARAPAN.

Menghancurkan UMNO ada lah objektif utama semua parti yang bersekongkol dengan PH, kerana mereka tahu, UMNO dan BN kini Kembali disayangi oleh rakyat.

Leave a Reply