Lim Kit Siang dan Mahathir Antara Yang Hilang Kelayakan Bicara Hal Korupsi.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

 

Sebaik sahaja berita skor indeks rasuah Malaysia diumumkan semakin rendah sejak dua tahun pemerintahan rejim Pakatan Harapan maka bersilatlah pemimpin pemimpin Pakatan Harapan cuba mencuci tangan untuk menafikan mereka adalah antara sebab sebabnya.

Paling kuat cuba menafikan hal ini ada lah dinasti Lim.

Propaganda mereka yang boleh di kira sebagai tersangat usang modus operandinya , tetap cuba digunakan seolah olah semua rakyat bodoh belaka tidak reti menilai.

Apa yang memualkan adalah apabila pesalah rasuah ulangan seperti Lim Guan Eng turut tanpa malu memberi kenyataan berkenaan skor rasuah Malaysia merudum.

Kemudian ayahnya Lim Kit Siang turut enter frame membuat kenyataan hampir sama.

Sebenarnya mereka tidak sangka cara mereka ini sudah tidak lagi sesuai dan sudah tidak laku.

Lim Guan Eng ada lah pesalah rasuah ulangan semenjak kes Banglo Pinhorn lagi.

Kemudian dia melakukan rasuah berkaitan projek Terowong.

Kes LGE digugurkan oleh Peguam Negara yang rapat dengan nya.

DAP juga melakukan rasuah di Selangor tetapi kes padam begitu sahaja semenjak Teoh Beng Hock mati terjun bangunan dan DAP main isu kematiannya besar besaran untuk mengalih perhatian dari isu sebenar ia itu rasuah DAP Selangor.

Begitu lah liciknya DAP dengan dibantu pegawai Agensi yang lemah dan korup.

Kini , sebaik sahaja DAP menyedari kes rasuah LGE tersangat kukuh dengan pembuktian dan saksi sendiri beri keterangan maka DAP buat storyboard baru.

Kali ini DAP cuba kait isu wang adik beradik KP SPRM sebagai isu nasional.

DAP dan LKS cuba beralasan itu antara sebab indek persepsi rasuah negara makin teruk.

Sedangkan DAP terlupa mereka berkuasa sebelum ini tetapi tidak bertindak sebab SPRM baik dengan mereka.

Kisah bekas Gabenor Bank Negara pulun wang 1MDB 700 juta langsung DAP tidak bangkitkan.

Malah, rejim Pakatan Harapan melindung perasuah Goldman Sach yang di sogok untuk Terima rasuah dari didakwa dimahkamah.

Dilaporkan jumlah penerima rasuahnya tersangat ramai tapi mendapat perlindungan rejim DAP dan Mahathir demi hendak mencipta kes mengenakan DSNR.

Maka , ini antara punca punca skor indek rasuah negara kita merudum teruk.

Tambah lagi indeks merujuk tahun tahun selepas pemerintahan Barisan Nasional.

Selain Keluarga Lim yang tidak ada ‘locus standi’ berbual berkenaan rasuah, Tun Mahathir juga tersenarai dalam nama nama yang tiada hak berbual berkenaan rasuah dan integriti.

Mahathir memberi terma sendiri jika rasuah itu babit kuncu kuncunya.

Ia dijenama kan sebagai “offset”.

Tapi jika ia terkait orang bukan kalangan kuncunya, ia dinama kan rasuah.

Kes Tengku Adnan dan kes AirAsia sebagai contoh lidah bercabang Mahathir.

Kedua dua kes miliki ciri ciri yang Mahathir cuba bersihkan kroni nya dengan terma ” if there is a specific purpose” syarikat penerbangan kuncunya konon nya untuk pasukan kereta lumba , maka harus bebas, tapi Ku Nan atas sebab 2 PRK maka ia rasuah.

Mahathir juga kelu lidah bila kuncunya Zeti Akhtar terkait isu RM700 juta wang 1MDB masuk kedalam akaun suami Zeti Akhtar.

Jangan lupa kisah wang rakyat RM30 bilion lesap dalam perjudian Forex dan satu sen pun tidak dapat kembali kepada rakyat dan ia membabtkan watak yang sama terkait dengan Mahathir pada kes wang TIA, ia itu Zeti dan Nor Yakob.

Kes di cop “No Further Action” begitu mudah oleh rejim Pakatan Harapan.

Konklusinya, mereka yang sudah tiada kredibiliti yang paling bising bila rasuah babitkan pihak lain, namun, tersenyap bisu apabila terkait puak sendiri..

Hipokrasi tahap dewa.

Leave a Reply