Korea Utara Lancarkan Lagi Ujian Senjata Tapi Jenisnya Tidak Diketahui

Hebahkan !!!

SEOUL – Korea Utara melancarkan ‘projektil yang tidak dikenal pasti’ pada awal Khamis, menurut tentera Korea Selatan.

Ia didakwa ujian senjata keenam tahun ini ketika negara yang memiliki senjata nuklear itu mengendurkan kuasa ketenteraannya dan mengabaikan tawaran rundingan Amerika Syarikat (AS).

Pada 2019, Korea Utara didakwa menguji banyak senjata dalam sebulan, selepas rundingan berprofil tinggi antara pemimpin Kim Jong Un dan Presiden AS ketika itu, Donald Trump, menemui jalan buntu.

Sejak itu, perbincangan dengan AS dikatakan perlahan dan negara itu berdepan ketidaktentuan ekonomi kerana impak sekatan antarabangsa serta terkesan susulan pelaksanaan sekatan bagi mengekang COVID-19.

“Korea Utara menembak projektil tidak dapat dikenal pasti ke Laut Timur,” dakwa Ketua Turus Bersama Korea Selatan yang merujuk kepada Laut Jepun.

Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu pada Selasa, yang tidak diharamkan di bawah sekata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Korea Utara.

Negara itu juga menjalankan ujian peluru balistik pada 14 dan 17 Januari lalu serta melancarkan peluru berpandu hipersonik pada 5 dan 11 Januari lalu.

Pemansuhan ujian sekatan itu bukan saja meraih kecaman global malah mesyuarat tertutup Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) turut terpalit sama.

AS juga mengenakan sekatan terbaharu sebagai tindak balas, sekali gus mencetuskan kemarahan Korea Utara yang pada minggu lalu memberi petunjuk bahawa pihaknya akan menyambung semula ujian nuklear dan senjata jarak jauh.

Pyongyang tidak menguji peluru berpandu balistik dan nuklearnya sejak 2017.

Menurut seorang profesor Universiti Ewha di Seoul, Leif-Eric Easley, rejim Jong Un didakwa sedang membangunkan kepelbagaian senjata yang mengagumkan walaupun mempunyai sumber terhad, ditambah cabaran ekonomi serius.

Leave a Reply