Orang Thailand Kini Boleh Tanam Ganja Di Rumah

Hebahkan !!!

Sebelum ini kecoh di Thailand bekalan daging buaya tidak mencukupi. Kali ini Thailand telah mengeluarkan ganja dari senarai dadah berbahayanya sekali gus ia adalah satu kebenaran untuk penduduknya menanam tumbuhan itu di rumah mereka.

Thailand menjadi negara Asia Tenggara pertama yang membenarkan ganja digunakan untuk kegunaan perubatan dan penyelidikan pada tahun 2018.

Menteri Kesihatan, Anutin Charnvirakul, berkata di bawah peraturan baharu itu, orang ramai boleh menanam tanaman ganja di rumah selepas memaklumkan kepada kerajaan tempatan, tetapi ia tidak boleh digunakan untuk tujuan komersial tanpa lesen lanjut.

Peraturan itu perlu diterbitkan dalam Warta Diraja secara rasmi dan perlu juga melepasi 120 hari sebelum menanam tumbuhan ganja di rumah menjadi sah.

Kementerian Kesihatan Thailand pada minggu ini akan membentangkan draf rang undang-undang berasingan kepada Parlimen yang menyediakan butiran mengenai penggunaan ganja secara sah, termasuk pengeluaran dan penggunaan komersialnya serta garis panduan mengenai penggunaan rekreasi.

Sementara itu, Ketua Pengawal Selia Makanan dan Dadah, Paisal Dankhum, berkata ganja buatan sendiri perlu digunakan untuk tujuan perubatan seperti perubatan tradisional dan pemeriksaan rawak.

Draf rang undang-undang mengenakan hukuman sehingga AS$605.33 (RM2,536) dan menetapkan denda sehingga 300,000 baht (RM38,000) atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya kerana menanam ganja tanpa memaklumkan kerajaan tempatan dan menjualnya tanpa lesen.

Ia adalah langkah terbaru dalam rancangan Thailand untuk mempromosikan ganja sebagai tanaman tunai.

Kira-kira satu pertiga daripada tenaga buruh di negara itu bekerja dalam bidang pertanian, menurut Bank Dunia.

Syarikat minuman dan kosmetik Thailand tahun lalu melancarkan produk dengan hem dan CBD iaitu sebatian yang tidak memberikan kesan berkhayal selepas penggunaannya diluluskan untuk barangan pengguna.

Leave a Reply