Negara Di Asia Timur Perlu Bersedia Hadapi Limpahan Hujan Yang Banyak

Hebahkan !!!
Gambar keadaan banjir besar yang melanda negara China pada masa COVID-19 sedang melanda pada 2020.

TOKYO – Sebahagian negara di rantau Asia Timur bakal berdepan limpahan hujan banyak yang diibaratkan seperti limpahan ‘sungai dari langit’ akibat perubahan iklim sejak akhir-akhir ini, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Fenomena ‘sungai dari langit’ itu juga dilaporkan bakal memecahkan rekod tadahan hujan sedia ada seandainya benar-benar berlaku.

Sekumpulan penyelidik dari Jepun telah mencipta model komputer untuk menyiasat ‘tingkah laku’ pengumpulan titisan air di atmosfera dan taburan hujan melampau di Asia Timur di bawah perubahan iklim berbeza.

‘Sungai-sungai’ dari langit ini adalah jalur sempit wap air pekat yang mengalir melalui atmosfera dan boleh membawa kepada paras hujan yang tinggi di kawasan pergunungan.

Pasukan saintis dari Universiti Tsukuba itu mendapati, jika suhu meningkat sebanyak 4 darjah Celsius, simpanan air di langit itu akan bertambah dan mengundang musim hujan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Walaupun kajian tersebut hanya melibatkan rantau Asia Timur, pasukan penyelidik itu berkata, ramalan mereka juga akan digunakan untuk kawasan latitud pertengahan dengan banjaran gunung yang curam termasuk Eropah dan Amerika Utara.

Leave a Reply