Muhyiddin Beri Peluang Kepada orang Lain , atau Takut Kalah?

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Agaknya gelombang menolak Pakatan Harapan yang dimulai dari tujuh PRK sehingga 2 PRN, menjadikan individu dari saki baki kerajaan Pakatan Harapan dalam Perikatan Nasional ketakutan untuk bertanding.

Ketakutan ini nampaknya turut melanda Tan Sri Muhyiddn Yassin.

Semalam , TSMY umum tidak akan pertahan kerusi DUN Bukit Gambir.

Kerusi yang dimenangi pada PRU14 ketika Tsunami membenci Barisan Nasional dan Najib Razak sedang di kemuncak.

Pada Ketika itu fitnah berleluasa dengan diketuai oleh Tun Mahathir , DAP, PKR dab AMANAH , rakyat termakan dengan nya sambil tawaran manifesto tipu turut menjadi umpanan.

Selain itu faktor orang Cina DAP, AMANAH, PKR turut ada Bersama TSMY dan PPBM.

Kini, faktor yang ada pada PRU14 sudah tidak ada pada PRN Johor kali ini.

Maka kebergantungan TSMY kepada kemenangan atas faktor itu sudah tinggal kenangan sahaja.

Tun Mahathir juga sudah tidak Bersama PPBM.

Boleh dikatakan rakyat memilih PPBM dan TSMY bukan atas kebaikan TSMY , tapi atas sebab membenci cerita buruk yang dihidangkan kepada rakyat berkenaan UMNO dan 1MDB.

Ia cara sama diamalkan oleh Mahathir terhadap musuh musuhnya.

Bukan kerana Mahathir bagus , tetapi kerana berjaya memburukkan musuh dan pesaingnya.

Berbalik kepada kisah TSYM “pull out” dari bertanding , sebab sebab yang diberi selaras dengan apa yang dibicarakan oleh banyak pihak, ia itu “takut kalah”.

Dari malu kalah, lebih baik undur diri dengn alasan mahu beri peluang kepada pihak lain menjadi calon.

Apapun sememangnya gelombang menolak PH dan sisa sisanya yang telah menyusahkan rakyat sedang melanda negara.

Rakyt belum lupa selepas menang PRU14 Mahathir tidak memberi layanan baik kepada rakyat, selain tumpu kepada membalun aset negara dan mencipta kes rekaan 1MDB.

Dari perbuatan itu rakyat tidak mendapat apa apa faedah selain habuan telinga dan mata melihat Najib didakwa sambil aset milik rakyat habis semua dijual.

Kini imej sebagai puak penjahanam masih kekal walaupun kerajaan PH telah tumbang atas sebab perilaku “ self destruction” oleh Mahathir.

Maka pengumuman tarik diri oleh TSMY mahu beri peluang untuk orang lain bertanding amat sukar untuk dipercayai kerana andaian “takut Kalah” telah bermain di minda rakyat rentetan kekalahan teruk PPBM di Melaka dan Sarawak.

Leave a Reply