Dakwa Keluarga Zeti , Imej Negara Akan Pulih.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri terpaksa membuat “damage control” terhadap sikap dan perilaku Menteri Luar Negara Saifuddin Abdullah setelah ada pergeseran antara Menteri Luar Negara dengan Negara Kemboja.

Sememangnya negara kita tidak menerima dasar negara Kemboja, namun bukan hal itu yang menjadi masalah, tetapi cara pandangan dan cara penyampaian yang dilakukan oleh Saifuddin Abdullah yang dipersoalkan oleh pemimpin pihak Kemboja Hun Sen.

Lebih parah lagi pihak Kemboja menyampaikan ketidakpuasan hati tidak secara terus tetapi melalui Presiden Indonesia Joko Widodo.

Apapun , Perdana Menteri DSIS dikata kan telah menghubungi Hun Sen untuk menyelesaikannya.

Satu lagi espisod “National Embarrassment” dilalui oleh Malaysia.

Selain episod episod memalukan seperti kisah diatas, Malaysia masih dibelengu dengan kes membabitkan institusi kewangan negara yang reputasi dan kerdibiliti nya tersangat buruk.

Kisah Bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Aziz , dimana suaminya memiliki wang RM700 juta dari seorang “fugitive” yang kerajaan Pakatan Harapan sendiri mempopularkan nama nya demi hendak mengenakan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , rupa rupa nya ada lah pihak yang bersekongkol dengan suami bekas Gabenor itu sendiri.

Malah bekas Peguam Negara lantikan kerajaan Tun Mahathir, Tommy Thomas sendiri mengakui bahawa keluarga Zeti “facilitate” Jho Low dalam kenyataan nya.

Ini lah imej negara dibawah kerajaan Tun Mahathir yang sangat “damaging” kepada negara.

Kerajaan PH dilihat sebagai “culprit” mengenakan DSNR tetapi melindungi bekas Gabenor, malah memberi jawatan menjaga ratusan billion wang milik rakyat didalam Permodalan Nasional Berhad.

Kerajaan Mahathir juga dilihat kotor dengan melantik pesalah rasuah Terowong menjadi Menteri Kewangan nya.

Akbat kejijikan dan kekotoran ini, puak PH dan Mahathir sendiri perlu bermain kerja persepsi ulangkali sebut Najib Razak perompak sebagai kerja mengalih perhatian rakyat serta memperbodohkan kan rakyat yang sentiasa ramai datang dari “kluster” mudah kena tipu.

Imej negara yang sudah hancur dan hilang wibawa mengakibatkan pelabur semua enggan masuk melabur sambil yang belum masuk memilih negara jiran untuk melabur.

Isu suami bekas Gabenor miliki wang “haram” TIA/1MDB menjadi kudis kepada imej negara kerana masih belum didakwa dan dilengah lengahkan pendakwaan nya.

Persoalan sangat mudah berlegar diminda semua pihak atas sebab soalan tergantung “apa kah yang menyebabkan susah sangat untuk mendakwa Zeti dan Keluarga?”

Akibat  lambat dan sukar didakwa, semua pihak yang mengikuti kes DSNR telah mengandaikan bahawa ia berkemungkinan membabitkan orang orang seperti Tun Mahathir , Tun Daim dan hampir 5-7 Tan Sri ternama yang terkait Mahathir.

Maka itu lah andaian yang telah pun tersebar di merata rata tempat di grup grup bualan rakyat.

Dakwa Zeti umpama dakwa Mahathir dan kuncu kuncu kerana demi mahu menyelamatkan diri pasti Zeti terpaksa dedah arahan siapa di ikutinya berdiam diri berkenaan derma RM2.6 bilion dan juga berdiam diri dengan laporan CAD dan Polis Singapura.

Selain itu , kerajaan PH juga boleh didakwa bersekongkol melindungi perasuah dan pesalah kewangan.

Harus diketahui, curian terkait keluarga Zeti terjadi lebih awal dari kes yang direka untuk DSNR.

Maka , jika dibuka terlebih dulu, ia akan “upset” kan kes yang mereka rancang untuk pekenakan DSNR.

Kes DSNR sangat “complicated” dan itu yang mereka mahu kena kan akibat kejahilan rakyat yang bukan semua tahu hal urus koperat.

Namun, berbalik kepada tajuk diatas, kes wang besar keluarga Zeti adalah kes “Elephant in the room” yang memperbodohkan semua orang yang mahu berbual berkenaan rasuah dan kleptokrat.

Bagaimana PH mahu berbual berkenaan isu KP SPRM Azam Baki jika kes Zeti tidak dilaung sama?

Terlalu jelas hipokrasi.

Apapun kerajaan hari ini harus segera laksana kan pendakwaan terhadap keluarga Zeti untuk kembalikan integriti negara yang rosak akibat permainan politik PH yang terlalu kotor.

Buktikan kerajaan sedia ada bukan datang dari sampah sarap dan saki baki kerajaan PH.

Kes Keluarga Zeti ada lah “National Embarrassment” yang sebenar.

Leave a Reply