Ribut Salji Dan Kesejukan Melampau Ancam 2.8 Juta Orang Pelarian Syria

Hebahkan !!!

Hampir tiga juta penduduk Syria di wilayah Idlib yang kehilangan tempat tinggal berdepan musim sejuk melampau akibat ribut salji yang melanda negara itu.

Sehubungan itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa komuniti antarabangsa menghulurkan bantuan kepada penduduk Syria untuk mendapatkan tempat perlindungan dalam kadar segera.

“Tiada sesiapa perlu hidup dalam keadaan sukar seperti ini. PBB amat prihati terhadap nasib 2.8 juta penduduk Syria yang tiada tempat tinggal.

“Ini adalah zon bencana yang sebenar,” kata Timbalan Penyelaras Kemanusiaan Serantau PBB untuk krisis Syria, Mark Cutts.

Ribut salji yang melanda utara Syria baru-baru ini menyebabkan banyak khemah perlindungan di kem pelarian runtuh, selain berdepan dengan hujan lebat dan suhu beku.

Disebabkan kekurangan peralatan, operasi pembersihan timbunan salji hanya dilakukan menggunakan tangan dan keadaan itu menambah kesukaran penduduk.

Leave a Reply