PRN Johor : PAS Tak Yakin Jenama “Abah” Sebaliknya Berpaling Pada UMNO

Hebahkan !!!

Parti PAS nampaknya sudah sedar bahawa rakan sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Bersatu tidak cukup kuat dengan jenama “Abah” untuk masuk dalam pertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebaliknya beralih angin untuk berkawan dengan UMNO.

Mereka lebih awal hulurkan salam persahabatan dan menyuarakan hasrat untuk bekerjasama dengan UMNO pada PRN nanti.

Seorang Penganalisis Politik iaitu Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mazlan Ali dipetik portal Free Malaysia Today berkata PAS juga sudah buka mata bahawa Bersatu sangat lemah di Johor serta tidak mahu episod sama kalah di PRN Melaka berulang sekali lagi.

Nampaknya, niat kerjasama PAS kepada UMNO jadi tamparan hebat untuk Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kekalahan PN di Melaka dianggap teruk lebih-lebih lagi kerana Muhyiddin adalah “poster boy” mereka di Melaka.

Walaupun Muhyiddin berasal dari Johor, seorang wakil rakyat di Johor dan pernah menjadi Menteri Besar, pengaruh UMNO dalam kalangan akar umbi di negeri itu amat kuat.

“Muhyiddin satu jenama yang popular dan besar pengaruhnya, tetapi mungkin belum berupaya menandingi pengaruh UMNO dalam kalangan akar umbi negeri Johor.

“(Sebab itu) PAS mungkin berasa kekuatan Bersatu tidak cukup untuk mereka mencapai matlamat (memenangi PRN) dan mula memikirkan Umno,” katanya.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin berkata, parti itu bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan UMNO Johor bagi menjayakan Muafakat Nasional menjelang PRN nanti.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), hanya seorang wakil PAS di Johor memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Najib Lep di Bukit Pasir.

Bagaimanapun, Umno dan Barisan Nasional (BN) Johor bercadang untuk bertanding secara solo tanpa kerjasama parti lain di luar gabungan itu kerana yakin mampu menang dua pertiga daripada 56 kerusi DUN dipertandingkan.

Namun, Pengerusi BN Johor Hasni Mohammad berkata, keputusan berhubung perkara itu tertakluk kepada pucuk pimpinan tertinggi parti di peringkat pusat.

Susulan itu Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keputusan sama ada UMNO bekerjasama dengan PAS atau tidak dalam PRN Johor akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti tidak lama lagi.

Muhyiddin yang mendapat jolokan nama “Abah” ketika jadi Perdana Menteri pada zaman pandemik dilihat membawa terlalu banyak rekod buruk di belakangnya.

Ketika itu, jangkitan COVID-19 mencapai tahap terburuk walaupun di seluruh negara dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pada ketika itu juga ada Ahli Parlimen hilang sokongan kepada Perdana Menteri sehingga beliau hilang majoriti kepercayaan di Dewan Rakyat.

Sebab itu awal-awal lagi PAS sudah berbuat baik dan menyatakan hasrat kepada UMNO dan bukan kepada Bersatu.

Leave a Reply