Mahathir Guna Hakim Luar Negara Pecat Tun Salleh Abbas. Apa Salah Najib Pelawa QC perhati kesnya.

Hebahkan !!!

 

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Ramai juga penyokong Tun Mahathir menyerang membabi buta tindakan Datuk Seri Najib Razak mahu “engage” Queen Council untuk memantau kes mahkamahnya.

 

My-news.online sempat melihat beberapa penyokong Tun Mahathir mempersendakan Tindakan DSNR merujuk kepada pengamal perundangan dari England untuk memantau kes rayuan

 

Ramai yang tidak faham dua perkara ini, satu , sistem perundangan kita berasal dari United Kingdom, dan sistem Parlimen kita berasal dari Westminister di ubah suai versi kita.

Kembali kepada isu topik, dalam mencerca DSNR , ramai rakyat kita tidak pun mengikuti perkembangan soal jawap di dalam mahkamah.

Jika ada laporan prosiding pun berat sebelah, apa yang di jawap oleh saksi pendakwa di war warkan semacam betul, dan esoknya di tibai oleh saksi pembela dan jawapan nya mengelikan hati , tidak pula diviralkan.

Ambil contoh saksi dari AMBANK Ung Su Lin yang gebang ada macam macam bukti disimpan dalam perantinya.

Apabila disoal balas pembela , semua yang digebangnya sudah tidak ada atas sebab peranti sudah tiada dan sudah tukar peranti kerana mengambil Tawaran menarik sebuah telcos.

Namun, berita tidak diviralkan , hanya versi belum kena soal balas sahaja disebarkan.

Mereka tidak pun minat ambil tahu apa terjadi dan terus menyatakan “hakim sudah jatuh hukum tu , dah bersalah lah tu”.

 

Mereka tidak faham berkenaan ini kes rekaaan Pakatan Harapan dan semua nya sudah diatur sehingga hakim yang menduduki pun sudah di atur.

Hatta Hakim Nazlan di pasang di saat akhir.

Kes DSNR bukan kes biasa , melainkan kes diatur untuk memenjarakan nya.

Kes dibuka bukan untuk mengetahui kebenaran tapi kes di ‘design” khusus untuk penjarakan Najib kerana fitnah PH mesti di terjemahkan menjadi realiti , setelah semua janji PH hanya menipu belaka.

Itu sebab banyak kepincangan berlaku dari menghalang bukti di selitkan kepada rayuan, maklumat berkenaan curian lebih awal dari puak yang rapat dengan Tun Mahathir seperti Zeti Akhtar , Nor Mohamad Yakub dan AMBANK di sembunyikan.

Selain itu , menghalang mendedahkan maklumat transaksi akaun bank keluarga Zeti , seolah olah ketakutan terlihat kemana wang RM700 juta itu disalurkan.

Ada sumber menyatakan selain suami Zeti mendapat RM700 juta , Nor Yakaob juga mendapat wang RM85 juta dan di “parking” atas nama proksi di Singapura.

 

Fitnah atau tidak dicabar, apapun sila buka kes di mahkamah terlebih dulu.

Harus di ingat kes ‘Sandakan” yang ada bersaksi dan ada video pun Pakatan Harapan pimpinan Mahathir hanya gebang di “press conference” sahaja dan tidak berani membersihkan Azmin di mahkamah , bahkan Polis juga tidak cuba mencari lelaki berwajah Azmin yang di atas ranjang Bersama Hazik.

Itu lah nilai dan harga diri Pakatan Harapan yang akibatkan semua pelabur lari keluar sebab status kerajaan tiada etika.

 

Pada kes Najib kali ini, selain 200 lebih fakta tidak di hujah , bermacam macam tekanan dan kezaliman di ambil kesempatan atas nama ‘penghakiman’ dan mereka berselindung dibelakang nya.

Maka Langkah DSNR mempelawa Queen Council menjadi pemerhati dan pemantau sangat wajar kerana keadilan sudah dinafikan kepada DSNR.

Jika hendak kata “apa QC boleh buat” itu satu kesilapan besar.

Pelanggaran ‘hak” dan ketidakadilan boleh diviralkan seluruh dunia oleh pihak QC dan seluruh negara Commonwealth akan ketahui dan Malaysia boleh di pinggirkan dan jatuh taraf “failed state’ kerana itu.

Ramai terlupa apa Mahathir pernah lakukan Ketika hendak memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas satu waktu dulu.

Akibat tidak mendapat restu dan sokongan ‘Law fraternity’ dalam negara , Mahathir telah perguna  hakim luar negara untuk mengendali kes Tun Salleh Abas demi hendak Nampak ada kredibiiti.

Siapa yang memilih hakim hakim itu usah di tanya.

Kisah ini boleh di rujuk pada arkib dan laporan akhbar serta buku Tun Salleh Abas.

Kini , DSNR memang wajar perguna QC untuk pembelaan memandangkan kesnya sangat berat sebelah dan jelas satu penganayiaan.

Biar pihak luar jadi saksi dan menyebarkan apa terjadi kepada perbicaraan dan tahu compang campingnya.

Leave a Reply