10 Fakta Menarik Tentang Hutan Amazon

Hebahkan !!!

Pasti ramai yang mengetahui Hutan Amazon yang terletak di Amerika Selatan adalah tempat di mana lokasi Ikan Piranha hidup dan pelbagai jenis hidupan liar ada di sana namun banyak lagi fakta menarik tentang hutan hijau yang amat unik ini.

Berikut adalah 10 fakta menarik tentang Hutan Amazon.

🌎 Merupakan hutan hujan yang terbesar didunia.

🌎 Mempunyai hampir 16,000 spesis pokok dan 390 billion batang pokok.

🌎 2/3 hutan Amazon ada di Brazil.

🌎 Terdapat 2.5 juta spesis serangga.

🌎 Mencapai keluasan 5.5 juta kilometer persegi dan mampu memuatkan United Kingdom sebanyak 17 kali. 

🌎 Hutan hujan Amazon sangat tebal dan lantai hutan sentiasa gelap. Air hujan akan ambil masa 10 minit untuk sampai ke lantai hutan akibat pokok yang terlalu tebal.

🌎 3000 biji buah yang tumbuh didalam hutan ini boleh dimakan.

🌎 Merentasi 9 buah negara

🌎 400-500 kaum penduduk asli tinggal didalam hutan dan 50 kaum tidak pernah mendapat perhubungan dunia luar.

🌎 Pelbagai haiwan berbisa dan bersaiz besar seperti anaconda, katak beracun, belut elektrik dan pelbagai jenis haiwan lagi tinggal di hutan ini dan Sungai Amazon merupakan sungai yang kedua terpanjang di dunia.

Leave a Reply