Proton Saga 2022 ada System “Keyless”

Hebahkan !!!

November lalu Proton telah dikesan menguji satu lagi versi kemaskini untuk sedan mampu milik Saga. Imej unit ujian berkenaan tempoh hari mendedahkan bahawa Saga bakal menerima hanya sedikit perubahan rupa luaran untuk model 2022 berkenaan.

Namun menerusi gambar dikirimkan oleh pembaca Putra Kamrin Azran yang menemui unit ujian Saga 2022 tersebut di Genting Highland, nampaknya Saga diberikan pembuka pintu pemandu dengan suis kunci, menandakan ia bakal dilengkapi dengan sistem kemasukan tanpa kunci. Malah menerusi maklumat dari sumber kami, ia turut akan disertakan dengan butang penghidup enjin.

Unit ujian ini turut memperlihatkan Saga 2022 menerima gril dengan logo baharu Proton yang berbentuk bulat (masih dilindung dengan pelekat penyamaran), kit aero yang terdiri dari spoiler bawah bampar hadapan dan skirt sisi, serta rim aloi mungkin dengan rekaan baharu kerana ia turut diberikan pelekat penyamaran berwarna hitam.

Saga generasi ketiga ini telah diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2016. Ia kemudiannya menerima kemaskini yang ekstensif untuk model facelift 2019 – menampilkan penyegaran pada bahagian luaran, serta bahagian kabin yang diberikan material komponen yang lebih baik serta sistem infotainmen dengan skrin sesentuh android ‘terapung’ di tengah papan pemuka untuk varian Premium.

Ia masih dijana oleh enjin 1.3 liter empat-silinder Campro VVT menghasilkan 95 PS pada takat 5,750 rpm dan tork maksima 120 Nm pada 4,000 rpm. Namun kotak gear CVT Punch pada model 2016 telah digantikan dengan kotak automatik konvensional 4AT yang dibekalkan oleh Hyundai bagi model 2019.

Sistem mekanikal ini dijangka akan terus digunakan untuk model 2022. Namun apa yang tak dapat dipastikan adakah varian Standard akan terus ditawarkan dengan pilihan kotak gear lima-kelajuan manual, kerana pilihan transmisi berkenaan sebelum ini telah pun digugurkan pada varian asas hatchback Proton Iriz 2022.

 

source Paultan

Leave a Reply