PRN Johor : Khaled Nordin Tidak Sesuai Bertanding Kali Ini

Hebahkan !!!

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dilihat tidak sesuai untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi ekoran prestasi buruknya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018.

Ketika itu, beliau tewas kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan majoriti besar.

Mohamed Khaled tewas di kerusi Parlimen Pasir Gudang dengan majoriti 24,726 undi dan kerusi DUN Permas dengan majoriti 8,756 undi.

Sumber politik dari Johor pula berkata nama beliau yang semakin tenggelam dalam politik negeri Johor juga tidak berupaya menaikkan namanya untuk menang jika bertanding.

Ada laporan dari portal Sinar Harian menyiarkan kenyataan beliau bahawa beliau menafikan akan bertanding pada PRN Johor kali ini.

Bagaimanapun, bagi seorang ahli politik, kenyataan sebegitu dilihat sebagai kenyataan awal sebelum keinginan sebenar untuk bertanding dibuat selepas melihat kesesuaian dan keadaan sokongan sebelum menyuarakan hasrat.

Beliau sendiri juga sudah menafikan untuk menawarkan diri untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN negeri berkenaan.

“Saya tidak akan bertanding atau menawarkan diri untuk bertanding pada PRN.

“Inilah keputusan saya walaupun ada pihak mendakwa saya akan bertanding, itu adalah tidak benar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau mahu memberikan laluan kepada pemimpin muda di negeri itu sebagai pelapis.

Leave a Reply