PRN Johor : Calon Parti Warisan Akan Hangus Wang Deposit Jika Bertanding

Hebahkan !!!
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Ada desas desus bahawa parti Warisan dari Sabah sedang merisik peluang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar pada 22 Januari yang lepas.

Parti ini asalnya dari Sabah dan dibentuk oleh bekas Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Oktober 2016 dan ia bergabung bersama dalam Pakatan Harapan (PH) bersama parti DAP dan PKR.

Rekod Warisan bertanding dalam skala besar ialah pada PRN Sabah pada tahun 2020 yang menunjukkan mereka kalah dan hilang kuasa kepada gabungan parti politik yang dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Kalau hendak diikutkan jarak negeri Johor dengan Sabah memang jauh. Johor di selatan Semenanjung Malaysia manakala Sabah nun di kepulauan Borneo. Ada pendapat menyatakan bahawa jika Warisan bertanding di Johor, calon-calon mereka mungkin akan kehilangan deposit.

Tambahan pula, rakyat negeri Johor amat kuat dengan rasa kecintaan mereka kepada negeri mereka dengan gelaran Bangsa Johor. Tidak mungkin sekiranya jika ada wakil dari Sabah yang bertanding mereka akan jadi pilihan orang Johor untuk diundi.

Negeri Johor pula sedang dalam rentak arus pembangunan yang pesat dengan pelbagai tarikan bertaraf dunia ada di Johor.

Bagi rakyat negeri Johor sudah pasti teraju pentadbiran dan pembangunan mesti diterajui oleh anak tempatan negeri Johor dari wakil rakyat di Sabah.

Dua hari lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor untuk diadakan PRN negeri berkenaan.

Sebelum itu, baginda menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Istana Bukit Serene.

Leave a Reply