Ini Kisah Adam Yang Ditinggal Di Bawah Pokok, JKM Cari Waris Kandung

Hebahkan !!!

SIK – Ini berita tentang Adam iaitu seorang kanak-kanak yang pernah ditinggalkan seorang diri di bawah pokok sebelum ini.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Sik kini sedang mencari waris atau ibu kandungnya. Kanak-kanak ini dirujuk oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sik pada tahun 2018.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Sik Shamrul Izrin Isahak berkata, kanak-kanak berkenaan dianggarkan berusia enam tahun ketika menerima aduan orang awam pada tahun berkenaan.

“Kanak-kanak yang dikenali sebagai Adam ditinggalkan seorang diri di bawah pokok di Kampung Kuala Jeneri di sini, dan tidak ditemui sebarang dokumen pada dirinya.

“Memandangkan pada ketika itu tiada ahli keluarga atau waris yang tampil untuk menuntut kanak-kanak ini, Mahkamah Kanak-Kanak Sik memerintahkan agar dia diletakkan dalam jagaan JKM mengikut Seksyen 30 (1) (d) Akta Kanak Kanak 2001 Pindaan 2016.

Shamrul Izrin berkata, tarikh sebutan yang akan datang di Mahkamah Bagi Kanak Kanak Daerah Sik adalah pada 11 November 2022.

Katanya, Adam sudah tiga tahun berada di bawah jagaan JKM dan kini sudah berusia sembilan tahun.

Beliau turut meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai waris dari Kampung Kuala Jeneri itu diminta berhubung dengan Pegawai Pelindung, Unit Kanak-Kanak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Sik dengan kadar segera di talian 04-4690230.

 

Leave a Reply