Mohamad Sabu tanya kenapa tak bom pam rosak

Hebahkan !!!

KUALA LUMPUR: Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) mempersoalkan mengapa tentera tidak memusnahkan atau mengebom pam air yang tidak boleh digunakan bagi mengalirkan air banjir yang terperangkap ke Sungai Muda ketika banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam, Disember lalu.

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu berkata, ketika membuat tinjauan di kawasan itu beliau melihat air sungai berkenaan sudah rendah daripada paras banjir.

“Saya tanya (kepada tentera), kenapa air banjir lambat surut dan mereka kata pam tiada elektrik, maka dicari pam untuk pam air keluar. Air banjir nak dipam keluar, bayangkanlah.

Saya bukan menteri lagi. Saya bercakap dengan jeneral tentera di situ, tidak bolehkah bom pam yang rosak itu supaya air dapat keluar dengan cepat?

“Selepas dibom, rosak, buat lain dan perbaiki. Kita boleh bayar faedah 1MDB (1Malaysia Development Berhad) berblilion, apa salah kita buat ban baharu di tempat itu,” katanya.

“Saya tanya (kepada tentera), kenapa air banjir lambat surut dan mereka kata pam tiada elektrik, maka dicari pam untuk pam air keluar. Air banjir nak dipam keluar, bayangkanlah.

“Saya bukan menteri lagi. Saya bercakap dengan jeneral tentera di situ, tidak bolehkah bom pam yang rosak itu supaya air dapat keluar dengan cepat?

“Selepas dibom, rosak, buat lain dan perbaiki. Kita boleh bayar faedah 1MDB (1Malaysia Development Berhad) berblilion, apa salah kita buat ban baharu di tempat itu,” katanya.

 

 

Leave a Reply