Himpunan “Hentikan Penganiayaan” Najib Razak Dapat Sambutan, Lebih 3,000 Hadir

Hebahkan !!!

Dewan di tingkat 4 Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) di ibu negara hari ini penuh dengan peserta Perhimpunan “Hentikan Penganiayaan” Ke Atas Najib Razak yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan lapisan masyarakat untuk memberi sokongan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Sejak pukul 8.30 pagi para peserta sudah mula memasuki bangunan WTCKL dan masuk ke dewan untuk himpunan berkenaan yang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Para peserta duduk di dalam dewan dengan penjarakan fizikal bagi mengelakkan penularan COVID-19 tercetus pada himpunan ini.

Dalam himpunan ini dijangka ada beberapa orang akan menyampaikan ucapan tentang kes berkaitan Najib berkaitan kes syarikat SRC International dan kes berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Anggota polis juga turut kelihatan mengawal dan memantau perjalanan himpunan berkenaan supaya ia berjalan lancar.

Program dijangka selesai menjelang tengah hari.

Leave a Reply