Seramai 11 Oang Dipanggil Diambil Keterangan Kes ADUN Sedili

Hebahkan !!!

JOHOR BAHRU – Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan kes gangguan seksual Ahli Dewan Undangan (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain terhadap seorang wanita yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan kes dijangka akan selesai pada minggu ini.

Beliau berkata, pihaknya juga berbincang dengan pihak perundangan untuk memperkemaskan siasatan berkenaan.

“Kes masih dalam siasatan seperti mana yang saya maklumkan dan ia akan selesai dalam minggu.

“Sehingga kini seramai 11 individu sudah dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan berkaitan dakwaan kes cabul seorang Adun terhadap wanita berusia 26 tahun di sidang media di Kampung Melayu Pandan di sini, hari ini.

Pada 18 Januari lalu, Harian Metro melaporkan seorang wanita dipercayai ahli parti sebuah politik yang mendakwa dicabul sebanyak empat kali oleh ADUN berkenaan.

© Harian Metro

 

 

Leave a Reply