Mampu Kah Ismail Sabri Majukan Negara?

Hebahkan !!!

 

Oeh Sirajuddin Ahmad

Persoalan di atas wujud atas sebab keadaan semasa di mana laporan laporan terkini ekonomi dan kewangan melihatkan negara negara jiran sudah jauh meninggalkan Malaysia dalam bab ini.

 

Semenjak ketiadaan kerajaan stabil seperti Barisan Nasional, kerajaan pengganti tidak mampu membuat dasar ekonomi jangka Panjang melebihi 1 tahun atas sebab tiada kekuatan politik untuk melaksanakan nya.

Kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri bukan lah kerajaan dalam ertikata sebenar kerana perlantikan berdasarkan kompromi politik dan MOU.

Ismail Sabri tidak ditumbangkan atas sebab sesiapa yang menumbangkannya di anggap pengkhianat kerana negara boleh jadi huru hara.

Maka, walaupun DSIS tidak dapat melaksanakan dasar dasar tetap, dia tidak di tumbangkan kerana perjanjian kompromi.

Dalam hal ekonomi , satu tahun adalah dikira lama, bahkan sehari juga sudah di kira lama jika keputusan boleh mendatangkan keuntungan.

Persoalan besar adalah mampu kah Ismail Sabri memajukan negara dalam masa terhad menjawat jawatan Perdana Menteri?

Selain itu persoalan juga mampukah DSIS memajukan negara jika dia kemudian di lantik sebagai Perdana Menteri pada PRU15?

Kedudukan negara sudah tidak seperti dulu lagi.

Semenjak parti parti politik berpecah ,dan di pecah pecahkan, sudah pasti tiada satu parti pun akan jadi parti Dominan pada PRU15.

Hanya UMNO di ramal mendapat kelebihan dari parti parti lain, itu pun di jangka sekitar 75-85 kerusi sahaja dan di anggap paling banyak kerusi.

Ia di ikuti oleh DAP dalam sekitar 40-45 kerusi.

Apa pun berbalik kepada persoalan sejauh mana DSIS mampu memajukan negara dalam waktu terhad ini jika dia terus menjadi Perdana Menteri atas ihsan MOU pembangkang dan juga dokongan janjian sulit antara DSIS dan PPBM yang menamakan DSIS.

Diwaktu ini pun banyak perkara DSIS harus akur kepada PPBM dan bukan kepada MKT UMNO.

Walaupun cubaan penyokong DSIS cuba menampak kan DSIS sebagai PM dari UMNO, namun hakikatnya akar umbi UMNO tidak menganggap sedemikian.

Mereka menganggap DSIS di lantik atas sebab kehendak PPBM dan bukan lantikan kepimpinan UMNO.

Ia petanda tidak memberi UMNO penghormatan dan bersifat tidak beradab kepada institusi UMNO.

 

Namun untuk tidak mahu krisis berpanjangan dan kematangan pemimpin UMNO maka diselesaikan begitu sahaja.

Berbalik kepada persoalan diatas, sejuh mana DSIS mampu memajukan negara dengan tangan nya terikat kepada MOU dan jawatan atas ihsan parti lawan UMNO?

Banyak juga keputusan DSIS ada lah sisa sisa keputusan kerajaan proksi Mahathir.

Semua tahu Muhyiddn dan Azmin berkiblatkan siapa dan melantik DSIS atas izin kiblatnya.

Negara tidak boleh lagi berpolitik berlebihan kerana merugikan.

Dalam waktu sama pihak Tun Mahathir mahu pastikan masih mengawal pihak tertentu agar kes kes proksi nya yang boleh terkaitkan diri nya dapat di kawal dari di bicarakan.

Kemana hala tuju negara jika keadaan berterusan seperti hari ini?

Remedi kepada semua masalah Perdana Menteri tiada kuasa sendiri ini ada lah menyerahkan kuasa kembali kepada rakyat.

Tapi, mahukah mereka mereka yang sedang seronok berkuasa menyerahkan kepada rakyat jika yang di pilih nanti bukan mereka mereka ini?

Pilihanraya adalah jawapan kepada permasalahan ini.

Suka atau tidak itulah jawapannya, mudarat atau tidak sama jugalah dengan mudarat  ber “Perdana Menteri’ yang tidak berkuasa penuh.

Leave a Reply