Isytihar Isu Azam Baki Kes nombor Satu Negara , DAP Lim Kit Siang Cuba Bina momentum ala-ala 1MDB.

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Demi Nak Tutup Kes Zeti Dan Terowong ,Tiba tiba Lim kit Siang Istihar Kes Azam Baki Kes No Satu Negara pada sidang Prlimen lapor sebuah akhbar.

Kes Najib dan 1MDB sudah bukan National Embbarrasment lagi.

Namun DAP malu hendak sebut National Embarrassment kepada kes KP SPRM , kerana terma itu sudah di peruntukan kepada skrip hakim kes Najib.

Maka leceh untuk DAP pergunakan lagi.

National Embarrassment ikut kehendak DAP dan kuncu kuncu Mahathir.

Seperti kes 1MDB siap dengan storyboard dan skrip skrip nya, kini isu Azam Baki tiba tiba telah di istihar sebagai kes nombor satu negara.

Begitu lah DAP dengan sikap sikap hipokrit mereka.

SPRM ada lah kawan baik DAP mengenakan sesiapa sahaja musuh politik DAP terutama orang UMNO, namun sebaik sahaja DAP gagal kawal SPRM selepas Lateefa Koya, SPRM ada lah musuh DAP.

Semenjak kes terowong di buka semula , DAP dan LKS sudah naik angin menjadikan SPRM terutamanya Azam Baki sebagai musuh.

Mungkin ini bala di turunkan Allah terhadap kedua dua SPRM dan DAP akibat menganayai Datuk Seri Najib Razak.

Pada isu kali ini, kami ramalkan DAP akan kerah barua baruanya dari NGO NGO dan individu proDAP untuk memainkan isu Azam Baki untuk menampak kan “National Wave”.

Momentum dibina untuk pihak sana sini keluar kenyataan untuk konon nya ramai sudah bersuara senada dengan DAP.

Ia ulang cara DAP dan Tun Mahathir mainkan dalam isu 1MDB.

Nanti akan keluar kenyataan dari NGO sana NGO sini, The Parrot lah , Honda C70 lah dan sewaktu dengan nya.

Modus Operandi konon perkara saham  RM700,000 duit keluarga ada lah mala petaka negara ,begitulah cara DAP dan LKS hendak “hipnotis” rakyat.

Sudah kena kencing pada PRU14, namun ada pihak tetap mahu kena kencing lagi.

Apa yang memualkan , isu besar seperti kes Bank Negara Malaysia melepaskan wang kepada syarikat “fake” dan masuk ke dalam akaun suami bekas Gabenor sebanyak RM700 juta bukan kes besar kepada DAP.

Integriti SPRM di persoal DAP sedangkan integriti BNM dengan skandal bekas Gabenor dan Suami serta integriti LHDN yang menipu kiraan cukai  ikut kehendak badut DAP, bukan isu untuk DAP.

Ini kerana DAP terbabit menutupinya.

Apa pun pasaran untuk isu fake tetap ada peminatnya.

Kita tunggu sahaja nanti respon respon dari badut badut yang akan menyahut isu “fake’ dari DAP dan PH ini.

Leave a Reply