PRN Melaka : Mimpi Ngeri Untuk PH dan PPBM

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Nampak jelas cubaan menafikan Pilihanraya Negeri Johor datang dari kalangan parti parti yang bermastautin dalam Pakatan Harapan dan Pakatan Nasional.

Hampir setiap kenyataan dari pemimpin dua golongan ini sama ada tidak setuju atau cuba memberi helah untuk tidak diadakan pilihanraya negeri Johor dalam masa terdekat.

Agak musykil juga pendirian mereka mereka ini , dikala katanya rakyat mula menerima Pakatan Harapan dan parti PPBM.

Paling ketara tidak suka di adakan PRN negeri Melaka adalah parti DAP.

DAP melihat PRN seolah olah melihat hantu.

Mungkin , DAP menyedari faktor faktor yang mereka gunakan pada PRU14 sudah tidak ada pada PRU15 hatta PRN negeri , maka mereka seolah olah dalam keadaan panik.

 

DAP, PKR dan PPBM pada pru14 menggunakan kaedah “scandal base issue” dan pada pru14 berjaya mendapat manfaat dari kaedah itu.

Namun, sebaik sahaja menjadi kerajaan , hal itu mula di sedari oleh rakyat, tidak membawa manfaat dan faedah kepada rakyat , lalu mereka menolak terus DAP dan PH dengan kekalahan demi kekalahan DAP dan PH dari satu PRK ke PRK.

Kemudian, apabila datang Pilihanraya negeri Melaka, DAP dan PH kalah lagi dan kubu kubu DAP mula dirobohkan oleh calon BN.

Tidak henti di situ , di ikuti pula oleh kekalahan teruk DAP dan PKR di negeri Sarawak pula, malah ada beberapa Kawasan DAP kehilangan wang deposit.

Ini bukan kekalahan dari segi undian sahaja , malah kekalahan moral dan keruntuhan imej yang sangat dasyat kepada DAP dan PH serta parti PPBM sekali gus.

Maka, tidak syak lagi, apabila sebut sahaja PRN, DAP ,  paling mengelabah sekali.

Ia di ikuti oleh parti parti yang sekongkol dengan DAP seperti PKR, AMANAH dan PPBM yang berada dalam PH selama 22 bulan.

Pemimpin pemimpin dari Barisan Nasional dan UMNO khusus nya lebih terbuka dan berani hadapi Pilihan raya negeri.

Walaupun terdapat beberapa pemimpin UMNO yang berjiwa PPBM cuba juga memberi alasan untuk mengelak pilihanraya negeri, namun “wave” mahukan PRN lebih kuat dan ramai.

Dikatakan konon mereka mereka ini cuba “delay” di adakan PRN untuk membantu memberi nafas kepada parti PPBM yang mereka dapat manfaat dan ada kepentingan.

Apapun, Pilihanraya negeri Johor sudah tidak dapat di elak kan.

Banyak perkara tidak dapat dilaksana kan akibat kedudukan dewan yang seimbang dan tiada kelebihan kepada yang memerintah.

Apa yang jelas, mengadakan PRN dalam masa terdekat adalah satu perkara yang sangat di takuti oleh DAP PH dan PPBM kerana mereka sudah tidak di terima oleh rakyat dan , Pilihanraya negeri kepada mereka ada lah sebuah mimpi ngeri.

Leave a Reply