Najib Kecewa Dua Universiti Dunia Pilih Indonesia Dan Bukan Malaysia

Hebahkan !!!

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa kecewanya berikutan dua universiti bertaraf dunia memilih Indonesia dan bukannya Malaysia untuk menubuhkan kampus universiti bersama.

Universiti tersebut merupakan Massachusetts Institute of Technology (MIT) yang dari Amerika Syarikat (kedudukan nombor satu dunia) dan Universiti Tsinghua dari China (kedudukan nombor 17 dunia).

“Sebenarnya, Malaysia mampu menjadi hab pendidikan antarabangsa dengan kewujudan universiti-universiti tersohor dari luar negara di Malaysia yang akan menambahkan lagi keyakinan pelajar terhadap negara kita.

“Ini selaras dengan hasrat kerajaan BN dahulu bagi menjadikan pendidikan berkualiti sebagai landasan untuk meningkatkan modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi yang akan meningkatkan daya saing negara.

“Dengan wujudnya kampus universiti-universiti antarabangsa di sini, ia membolehkan lebih ramai pelajar Malaysia belajar dengan kos yang lebih rendah,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Mengimbas semula sewaktu dia menyandang jawatan sebagai menteri pendidikan pada tahun 1995-1999 dan ketika menjadi perdana menteri (2009-2018), ahli Parlimen Pekan itu berkata 11 kampus universiti antarabangsa telah ditubuhkan ketika itu.

Antara universiti-universiti tersebut merupakan dari Australia, United kingdom, Singapura dan China, di mana menurutnya ratusan ribu rakyat Malaysia telah mendapat manfaat dengan menjimatkan kos pendidikan mereka.

Bagaimanapun menurut Najib, rancangan tersebut seolah-olah telah dihentikan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, iaitu selepas kejatuhan BN di bawah terajunya.

“Walaupun kita merupakan seteru politik, saya sangat menyambut baik kenyataan PM4/7 (Dr Mahathir Mohamad) pada tahun 2018 bahawa Universiti Tsukuba Tokyo (ranking 285) berhasrat untuk mendirikan kampus di Selangor atau Kedah.

“Namun seolah-olah tiada lagi perkembangan baru sejak itu berkenaan rancangan Universiti Tsukuba tersebut,” katanya.

Leave a Reply