Jokowi Tewaskan Semua Perdana Menteri Malaysia Kecuali Najib.

Hebahkan !!!

 

Oleh Sirajuddin Ahmad

Semalam telah viral cerita berkenaan pihak luar lari dari berurus niaga dengan Malaysia dan memilih untuk berkerjasama dengan Indonesia.

Bukan setakat pelabur saham sahaja, bahkan pelabur Infrastruktur juga lari ke negara Indonesia.

 

Kisah semalam melihat betapa pihak pihak pengendali Unversiti bertaraf antarabangsa juga tidak melihat Malaysia sebagai negara menarik, waima , berstatus pelbagai kaum dan budaya yang “diversity”.

Satu satu ciri yang sangat ideal untuk membuka Universiti dan hub pelajaran.

Dimana silap Malaysia?

Cuba bayangkan , syarikat pembuat barangan seperti Dyson telah berubah fikiran di saat akhir dari membuka kilang di Malaysia dan lari ke Singapura.

Jika mereka lari ke negara yang kos kehidupan lebih murah kita boleh faham, namun mereka lari ke negara yang kos operasi nya lebih tinggi setelah berjanji mahu membuka di Malaysia sebelum Barisan Nasional tumbang.

Jika mereka boleh employ 100 orang di sini mereka hanya mampu employ 50-60 dengan kos yang sama di Singapura, tapi mereka pilih Singapura juga.

Perkara ini terjadi sebaik sahaja kerajaan Tun Mahathir mengambil alih.

Imej dan reputasi Negara tidak elok semenjak Barisan Nasional di tumbangkan.

 Reputasi gugurkan kes kes puak sendiri, dan mereka cipta kes untuk musuh sudah terkenal seluruh dunia.

 Kes nyata dan bualan dunia seperti kes bekas Gabenor miliki RM700 juta di dalam akaun laki tersorok di Singapura tidak di sentuh, tapi pihak lain kena dakwa di tambah tambahkan lagi kes nya.

Semua ini memalukan negara.

Ada pula kes babit kroni dalam isu maksiat sesama jenis dengan mudah di tolak dari dakwa di mahkamah semata mata di jawap di “Press Conference” sahaja  , sepatutnya jika ada kebenaran dan pasti di fitnah biarkan lah di buktikan di mahkamah, bukan bebaskan di “press conference”.

Berbalik kepada isu tajuk, kita melihat betapa semenjak Barisan Nasional dan Najib Razak di tumbangkan , negara semakin tercicir dari arus kemajuan setara dunia jika tidak serantau.

Dari isu “Cabotaj” , infrastruktur, transportasi, kemasukan pelabur , semua Malaysia tercicir sebik sahaja BN dan Najib di tumbangkan.

Kerajaan yang ambil alih rupanya hebat bercerita tentang skandal dan kesalahan kerajaan sebelum nya sahaja.

Kerajaan kepimpinan Tun Mahathir dan Pakatan Harapan tidak langsung ada perancangan untuk masa depan negara melainan “sapu bersih” aset dan tambah hutang negara.

Ketika BN memerintah di dokongi UMNO , tidak dapat di nafikan negara dalam keadaan “progress” dan di landasan yang betul, terutama nya di era Najib Razak.

Di era DSNR  , segala transformasi di laksana kan dan di rencana.

Malah masa depan generasi akan datang di tanya dan di rancang perguna idea generasi akan datang melalui program TN50.

Semua rnacangan “in-place” dan dilandasan nya.

Tapi semua hancur luluh berkecai sebaik sahaja, kerajaan pelingkup 22 bulan di pimpin oleh Tun Mahathir yang tiada masa untuk fikir bagi pihak generasi akan datang , melainkan sapu apa yang boleh di sapu dalam masa singkat.

 

Kini akibat kesilapan pengundi, Malaysia tertinggal dalam saingan kemajuan serantau.

Jika pada era BN dan Najib, Indonesia sentiasa tewas daam banyak sudut, kini semua sudah terbalik.

Jika era Najib kita sudah mula gah dengan HSR, tiba era PH 22 bulan, projek terbantut.

Dan Ketika Indonesia sudah mula “dry run” HSR nya , kita sedang hendak Kembali kepada “drawing board” bagaimana hendak di mula kan semula.

Sambil itu sudah catat kerugian ratusan juta bayar pampasan terlebih dulu kepada Singapura.

Jika dulu Presiden Joko Widodo kesal Saudi Arabia dan Raja Salman lebih banyak melabur di Malaysia , kini tidak lagi.

Semua syarikat seperti Apple, Amazon, Facebook lari ke Indonesia.

Kemudian negara China dan Amerika tambah lagi pelaburan ratusan billion di Indonesia terutama di Kalimantan, Malaysia masih cuba sungguh sungguh hendak penjarakan Najib Razak dengan kes rekaan kerajaan PH.

Ketika syarikat gergasi seperti Hyundai, Honda membuka hub baru di Indonesia, Menteri Ekonomi Malaysia sedang urus hal parti dan kedudukan sendiri.

Tamparan terbaru kepada kerajaan Malaysia apabila dua universiti ternama membuka kampus siap dengan pasarana memlih Indonesia dan bukan Malaysia.

Malaysia semakin tersisih dan “invisible” kepada mata negara luar.

Tidak di hormati.

Dua kali naik Perdana Menteri baru dua kali mengadap Jokowi.

Bukan Jokowi yang teringin mengadap Perdana Menteri Malaysia.

Begitu lah reputasi Malaysia yang sangat di takuti oleh negara luar.

Sistem pendakwaan nya “suspect” .

Agensi agensi penguatkuasa nya bermasalah dan ikut telunjuk “individu” tertentu yang pandai bermain di belakang tabir.

Malaysia sudah tidak kemana lagi, masih “stuck” dengan pemimpin lapuk yang enggan undur , selain tidak mahu undur, masih sibuk menggangu pentadbir dan kerajaan.

Sampai bila Malaysia akan jadi terus dalam kedudukan ini?

Sesuatu perlu di lakukan segera terhadap hala tuju negara dan imej yang sangat sangat merudum.

Negara masih perguna wang dalaman untuk “survival” , tapi sampai bila?

Kita perlu juga wang baru dan wang luar masuk kedalam negara, namun dengan imej seperti hari ini. Dengan “selective persecutioan’ nya, dengan ketua Agensi bermasalah dengan Menteri tidak “perform” yang tidak di tukar, kita Nampak nya tidak kemana mana.

 

 

 

 

 

Leave a Reply