Ini Penjelasan Sebenar Kenapa Kubur Diberi Nama Upin Dan Ipin

Hebahkan !!!

Selepas beberapa minggu viral berkenaan dua kuburan yang tertera nama Upin dan Ipin di Indonesia, akhirnya bapa kepada kedua-dua Allahyarham yang mana jasad mereka di dalam kubur berkenaan memberikan penjelasan.

Menurut bapa berkenaan yang dikenali sebagai Hikmah, 48 tahun, kubur itu benar-benar wujud dan terletak di Palu, Indonesia.

Sehingga kini, ramai orang sudah datang dan mengunjungi pusara itu untuk melawatnya memandangkan nama mirip dua karakter kartun animasi popular di Malaysia iaitu Upin dan Ipin.

Menurutnya, Upin meninggal dunia kerana sakit pada tahun 1995 saat masih berusia 14 hari sementara adiknya Ipin juga meninggal dunia pada tahun 1996 ketika baru berusia 3 hari ketika masih bayi.

Mereka berdua dimakamkan bersebelahan, tambahnya memandangkan kedua anaknya menhadap ilahi saat baru lahir, nama Upin & Ipin itu mula tercetus ketika mahu pasangkan batu nisan di kedua-dua pusara arwah anaknya.

Nama itu diberi supaya senang ibu bapa arwah untuk mengingati kuburnya.

Tambahan pula, nama kedua-dua bayi itu belum sempat lagi diberi pada waktu itu.

Memandangkan pusara kedua anaknya itu mendapat perhatian dan sering mendapat kunjungan, Hikmah yang bekerja sebagai pembuat rotan ini meminta para pengunjung untuk mendoakan anak-anaknya.

Sebelum ini, viral satu video pusara yang menamakan Upin & Ipin sehingga timbul spekulasi bahawa ada kisah duka disebalik animasi yang terkenal itu. Boleh baca kat bawah ni kalau nak tahu cerita lanjut.

Leave a Reply