Abdelmonem bantu Mesir atasi Sudan Mara Ke Pusingan 16 Terakhir

Hebahkan !!!

YAOUNDE, Cameroon – Juara tujuh kali Mesir mara ke pusingan 16 terakhir Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan Sudan 1-0, keputusan yang membolehkan lima pasukan lain termasuk Ivory Coast turut ke pusingan seterusnya.

Nigeria menamatkan Kumpulan D dengan kemenangan ketiga berturut-turut apabila menewaskan Guinea-Bissau 2-0, meletakkan naib juara Mesir berdepan juara Kumpulan E pada pusingan seterusnya, dan potensi bertemu Ivory Coast.

Tandukan Mohamed Abdelmonem 10 minit sebelum rehat di Yaounde melayakkan The Pharaohs ke pusingan kalah mati dan menyingkirkan Sudan, selain membolehkan Ivory Coast, Mali, Gambia, Malawi dan Cape Verde layak.

“Saya rasa Mesir berhak memenangi perlawanan ini tanpa ragu-ragu lagi berdasarkan peluang yang kami cipta dan corak permainan kami.

“Kesilapan kami ialah tidak menjaringkan gol kedua. Jika anda menjaringkan gol kedua permainan dianggap berakhir. Jika kami menang 1-0 sehingga akhir, saya akan rasa gembira,” kata pengendali Mesir Carlos Queiroz.

Kemenangan Mesir memastikan Cape Verde dan Malawi layak sebagai pasukan tempat ketiga terbaik. Ivory Coast mendahului Kumpulan E dengan empat mata dan keputusan perlawanan menentang Algeria hari ini tidak menjejaskan peluang mereka berada dalam kelompok dua teratas.

Situasi sama dihadapi Gambia dan Mali dalam Kumpulan F. Kedua-dua negara mengumpul empat mata daripada dua perlawanan.

Leave a Reply