Romen Bose Sindir Tommy Thomas ” Kenapa Diam Bisu pasal Zeti dan AMBANK?”

Hebahkan !!!

Oleh Sirajuddin Ahmad

Semakin hari semakin terlondeh drama bersiri ciptaan kerajaan Pakatan Harapan dan Tun Mahathir.
PH dan Mahathir terpaksa menjadi hipokrit atas sebab penipuan sendiri.

Dari menjadi pelaung pembenci kecurian duit 1MDB , kini PH dan Mahathir menjadi pengecut bila terdedngar sebutan “1MDB”.

Apa tidaknya, bila PH sebut “1MDB” maka kisah tidak lengkap jika tidak sebut pembabitan Zeti dan keluarga dengan curian RM700 jutanya.

Begitu juga pembabitan watak watak kehilangan wang FOREX 30 Bilion Nor Yakob.

Jika wang 1MDB masuk akaun Datuk Seri Najib Razak satu kesalahan walaupun yang bertanggungjawap lari bersembunyi. kenapa pula RM700 juta wang 1MDB masuk akaun keluarga Zeti menjadi tidak salah dan tidak didakwa pula?

Dimana lojik akal? Atau lojik undang undang negara?

Perkara ini yang akibatkan Mahathir dan Lim Kit Siang serta PH pening kepala untuk menjawap.
Mahathir akan cuba sedaya upaya lari dari memberi komen atas sebab terperangkap dengan perbuatan dan kenyataan sendiri sebelum ini.

Romen Bose dalam kenytaan menyebut :-

“Tommy Thomas sepatutnya sudah melihat kertas siasatan awal SPRM dan tahu mengenai jenayah yang dikatakan dilakukan oleh bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan bekas menteri Nor Mohamed Yakcop. Laporan Kes AmBank, Kenapa Tommy tidak ambil tindakan pada Zeti dan Nor Mohamed”

Romen yang menulis buku “Final Reckoning” yang mendapat sambutan pembaca di negara ini menyindir Tommy dan Pakatan Harapan.

Negara kini cuba di krisiskan oleh Pakatan Harapan dengan konon KP SPRM Azam Baki ada kes pembelian saham oleh adik nya.

Ini semua cubaan untuk alih perhatian dan juga PH perlu bergntung kepada sesuatu isu dan “hang on” kepada isu itu seolah olah kes hidup mati.

Ia cubaan “stunt” sama yang pernah berjaya dilakukan oleh DAP dimana apabila terkait kes rasuah DAP Selangor, mereka segera manipulasi kematian terjun bangunan oleh mendiang Teoh Beng Hock menjadi isu besar lalu berjaya menutup kes rasuah mereka.

Kini apabila seorang saksi utama kes rasuah Lim Guan Eng mati cara yang sama seperti mendiang TBH , DAP dan PH tidak pula bermati matian dengan isu kematian saksi kerana ketiadaan “fall guy” untuk dikena kan seperti mana DAP kena kan SPRM pada kematian TBH.

Jika DAP berani cabar siasat cara RCI kes kematian saksi Terowong pasti DAP yang terlondeh.

Maka berbalik kepada tajuk topik, Roman Bose menyindir Tommy Thomas kenapa pura pura tidak tahu berkenaan kertas siasatan berkaitan AMBANK dan Zeti?

Tommy Thomas sempat cipta berpuluh puluh kes untuk Zahid dan Najib tapi tidak ada masa untuk kes Zeti?
Seperti sindiran Dr Puad Zarkashi , Romen menyindir terus Tommy Thomas dan kegagapan menjawap terserlah sama seperti Tun Mahathir dan Lim Kit Siang juga.

Kini semakin hari banyak sangat kepincangan dan cacat cela dalam prosiding kes DSNR , dan dengan itu kita faham kenapa kes masih belum dibuka.

Kerana belum buka kes pun sudah nampak carca marba dari halangan terima bukti baru dan keengganan mendedah nama nama penerima rasuah dari Goldman Sach serta halangan pendedahan statment akaun milik keluarga Zeti di mahkamah.

Negara akan terlihat bodoh, tidak jujur , tidak boleh di percayai selagi kerajaan tidak membuka kes RM700 juta Zeti dan keluarga.

Negara akan terlihat lebih teruk lagi dengan cubaan PH mahu sensasikan kes KP SPRM tetapi tidak sentuh kes “Elephant in the room” yakni kes Zeti Akhtar Aziz.

Bukan sahaja semua pelabur lari ke negara jiran, bahkan gelaran “failed state” menjadi beban kepada rakyat untuk menanggungnya hasil sisa sisa PH menjadi kerajaan.

Leave a Reply