Jepun Dijangka Lulus Sekatan Baharu Ekoran Penularan Omicron

Hebahkan !!!

TOKYO – Jepun dijangka meluluskan sekatan baharu berkait Covid-19 di sebahagian besar negara, termasuk Tokyo, hari ini ketika ia sedang memerangi rekod jangkitan yang didorong oleh varian Omicron.

Kelulusan akhir daripada kerajaan dijangka lewat hari ini, tetapi pakar menyokong meletakkan 13 wilayah “bawah langkah separa kecemasan dari 21 Jan hingga 13 Feb”, menurut Daishiro Yamagiwa, menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal COVID-19.

Langkah itu membolehkan setiap wilayah memutuskan langkah khusus yang perlu dilaksanakan, tetapi menurut media tempatan, sekatan itu mungkin termasuk waktu operasi lebih singkat bagi bar dan restoran, serta sekatan ke atas penjualan alkohol.

Dipacu kemunculan varian Omicron, jangkitan harian di seluruh negara melebihi 30,000 buat kali pertama minggu ini, menurut anggaran media.

Jepun masih kurang terjejas berbanding kebanyakan negara lain, dengan kira-kira 18,400 kematian dicatatkan akibat wabak, sambil mengelak sekatan yang ketat.

Bagaimanapun, pegawai dan pakar kerajaan bimbang peningkatan jangkitan boleh memberi tekanan kepada sistem perubatan negara.

Tiga wilayah Jepun sudah berada bawah sekatan susulan lonjakan kes yang dikaitkan dengan pangkalan tentera Amerika Syarikat.

Program vaksinasi Jepun bermula lewat berbanding negara maju yang lain, dan setakat ini, lebih 78% populasi Jepun telah lengkap vaksinasi.

Setakat ini, hanya 1.2% daripada populasi telah menerima dos penggalak.

Leave a Reply