Isu Azam Baki PH Nak buat Demo, Isu Zeti PH Buat “Dunno”

Hebahkan !!!

Oleh “Sirajuddin Ahmad 

Pakatan Harapan memang pakar dalam mencipta “fake isu’.

Selain pakar dalam mencipta “fake issue” , PH juga pakar dalam mencipta “fake news”.

Paling terkenal dari PH ada lah “Fake manifesto”.

Manispesto tipu kerajaan PH yang di pimpin oleh Tun Mahathir telah berjaya menipu jutaan pengundi dan rakyat.

Selepas menipu manifesto , PH menipu alasan untuk tidak menunaikan janji manifesto PRU14 itu.

Bermakna , PH telah tipu atas tipu.

Untuk menutup tipu yang pertama , PH terpaksa mencipta penipuan kedua pula.

Kini, PH cuba membuat “fake issue” baru untuk menipu semua rakyat Malaysia sekali lagi.

PH dikatakan akan mengadakn demonstrasi berkenaan kes Azam Baki.

Tema demo “TangkapAzamBaki” pula dicipta oleh PH.

PH cuba gunungkan sebuah busut.

Dulu PR/PH tipu berkenaan “Blackout” dan “40,000 Bangla”

 Kini PH hendak tipu lagi.

Seolah olah isu Azam Baki satu kes besar dan kes maha dasyat.

Tajuk demo untuk perbodohkan kuda kayu adalah “TangkapAzamBaki” seolah olah satu kes besar dan memainkan Azam pasti sudah bersalah waima belum pun di dakwa, bahkan semua tahu hanya libat duit keluarga dengan melalui semua proses dan kertas syarat jual beli saham.

Amat pelik, pada kes Zeti dan keluarga pula di mana wang 1MDB sejumlah RM 700 juta masuk kedalam akaun suami bekas Gabenor di Singapura, tiada pula PH mahu membuat demo atau tuntut kes di buka segera.

Sedangkan itu dana awam dalam 1MDB.

Hipokrasi PH amat jelas.

Pejuang kebenaran yang miliki sedikit otak pun akan terasa kejahilan pada demo politik PH ini.

Sepatutnya penipuan dan isu “fake” ini sesuai untuk PRU14 sudah tidak boleh di guna pakai untuk pru15 lagi, namun PH tetap mencuba nasib.

Di laporkan Parti AMANAH akan jadi kuda tunggangan DAP untuk kerja buang masa ini.

Setelah tewas teruk di tujuh PRK dan 2 PRN , PH masih mencuba cara ketinggalan zaman dalam membangkitkan isu.

Tiada sedikit pun kewarasan digunakan selain masih dengan cara cara lapuk menipu isu dan bersungguh sungguh seolah olah isu itu betul.

PH terlupa , rakyat semua membaca banyak maklumat dan berita , maka rakyat sudah peka dengan isu.

Setakat PH hendak mainkan isu yang di reka reka demi ikut telunjuk DAP yang marah Lim Guan Eng di dakwa rasuah terowong , hentikan sahaja,  Ia memualkan dan membuang masa.

Tapi jika Pemuda AMANAH rasa ini peluang buat duit untuk setiap pendemo, itu kita tidak boleh halang. Tapi perlu di beritahu ia sekadar isu yang tidak perlu  berdemo pun.

Suruhanjuaya Sekuriti sudah pun istihar tiada kes terhadap Azam baki dan semua ikut prosidur tambah lagi sudah diumumkn pada tahun 2015 lagi.

Isu Azam baki bukan babit dana awam, tidak seperti kes Zeti dan keluarga di mana dana 1MDB  RM700 juta di curi dan dimasuk kan kedalam akaun suami bekas Gabenor.

Banyak kesalahan terbabit di sini, dari Gabenor Bank Negara berdiam diri sehingga tidak melaporan kejadian kepada autoriti.

Ia juga membabitkan penyembunyian maklumat yang boleh menguggurkan kes rekaan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Negara luar dan [ara pelabur “mark’ kes Zeti sebagai “yardstick” kejujuran kerajaan Malaysia , hatta pelabur lari ke negara jiran seperti Indonesia.

Jika PH peraasan mereka pejuang kebenaran yang anti rasuah dan kleptokrat , maka kes RM 700 juta lah yang sepatutnya berdemo dan bukan kes picisan hanya sebab ia babit “Azam Baki” yang kebetulan ketua SPRM yang mendakwa anak Lim Kit Siang melakukan rasuah.

Kami di My-news.online tidak membela Azam baki kerana dia mampu pertahankan diri sendiri, kami hanya membangkitkan kepalsuan perjuangan PH dan DAP dengan  “fake issue’ yang mereka cipta dan cubaan sensasikan nya.

 

 

 

Leave a Reply