Kenapa bekas AG membisu mengenai Zeti, Nor Mohamed, soal pengarang

Hebahkan !!!

PETALING JAYA: Pengarang buku mengenai kerajaan Najib Razak mempersoalkan mengapa bekas Peguam Negara (AG) Tommy Thomas tidak menyebut kontroversi “Laporan Kes AmBank” ketika mengulas buku itu.

Romen Bose, yang juga bekas pembantu Najib Razak, berkata: “Saya bingung bagaimana Thomas dapat membaca bab 1MDB tetapi gagal menyentuh mengenai sesuatu yang begitu nyata, iaitu kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2018/2019 yang didakwa mengenai bekas Gabenor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan bekas menteri Nor Mohamed Yakcop.”

Leave a Reply