Pengusaha Restoran Pula Luah Keluhan Melalui Najib

Hebahkan !!!

Sekali lagi untuk memastikan rayuan dan keluhan sesetengah pihak disampaikan kepada kerajaan, baru-baru ini ada rayuan disampaikan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk disampaikan kepada pihak berkuasa.

Kali ini, rayuan disuarakan oleh pemilik restoran dan kafe di Bangsar mahu kerajaan membenarkan operasi perniagaan mereka melepasi waktu tengah malam.

Pemilik restoran berkata, peraturan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagaimanapun tidak menyatakan tempoh had pembukaan operasi restoran, kafe dan pub. Bagaimanapun, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis tidak membenarkan pengusaha terus menjalankan perniagaan melepasi tengah malam.

Seorang pemilik restoran, Siva Shankar, berkata DBKL dan polis bertegas kepada pengusaha menunggu pengumuman rasmi daripada Kementerian Kesihatan, sebelum melanjutkan tempoh operasi perniagaan.

“Sekarang, keseluruhan negara ini sudah beralih kepada fasa 4, iaitu fasa terakhir pelan pemulihan negara, justeru, pengumuman jelas diperlukan daripada Kementerian Kesihatan supaya membenarkan pemilik restoran melanjutkan tempoh operasi perniagaan.

“Kami meminta bantuan Najib membawa perkara ini ke pengetahuan pembuat dasar,” katanya selepas hadir “sesi teh tarik” bersama Najib, di Restoran Maya, petang tadi. Kira-kira 15 pemilik restoran, terutama di kawasan tumpuan kawasan Telawi, di Bangsar Baru, turut hadir.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan pula berkata ada permintaan daripada ramai pengguna bagi restoran dan kafe dibenarkan beroperasi “tanpa had masa” seperti mana sebelum kedatangan pandemik.

Menurut beliau, operasi perniagaan lebih masa mampu menjana pekerjaan baharu, sekaligus meletakkan lebih banyak wang dalam pasaran seterusnya membantu memulihkan ekonomi pulih lebih pantas.

“Saya rasa sudah tiba masanya dibuat pengumuman rasmi, jadi kita akan membuka lebih banyak perniagaan, mengambil kira perkara itu membantu proses pemulihan,” katanya.

Sejak akhir-akhir ini banyak rayuan dari rakyat disampaikan kepada Najib untuk disampaikan kepada kerajaan seperti beliau masih lagi seorang Perdana Menteri.

Isu yang paling utama ialah permohonan pengeluaran khas dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara one-off untuk pencarum yang mempunyai masalah pendapatan ekoran kedatangan pandemik COVID-19.

 

Leave a Reply